Penyanyi rock, Datuk Awie meminta pihak bertanggungjawab agar jangan mudah mengiktiraf ‘artis YouTube’ kerana golongan tersebut tidak melalui proses sewajarnya bagi menjadi seorang penyanyi.
Menurut laporan Harian Metro, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menyifatkan mereka seperti ‘artis per0mpak’ atau ‘peng4cau’ yang boleh menjatvhkan industri sekiranya tidak diberi perhatian.
Awie turut mempersoalkan, adakah seseorang itu layak dan boleh dianggap sebagai penyanyi dengan mengambil lagu orang lain dan membuat semula ‘cover’ nyanyian di saluran YouTube?
“Kalaulah macam itu, habis kita yang susah teb4s jalan, buat 10 lagu untuk satu album dan sanggup keluar berpuluh ribu ringgit…
“…tiba-tiba mereka yang keluar satu single dan menyanyikan lagu penyanyi asal, contohnya lagu saya yang masih hidup lagi, apa yang kita rasa bila orang (pendengar) terus angkat dia?
“Artis YouTube, kau tak lalui proses yang betul. Jadi, saya minta kepada persatuan-persatuan yang mengemudi industri ini supaya kawal kewujudan mereka dari berleluasa,” katanya.
Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata, tindakan tersebut ibarat mer0mpak hasil karya penyanyi sebenar yang telah bekerja keras bagi mencipta nama termasuk melalui pelbagai proses rakaman.
Berikutan itu, Awie meminta persatuan hiburan tanah air meletakkan syarat atau undang-undang sebelum ‘artis YouTube’ masuk ke dalam industri seperti perlu menghasilkan sebuah album terlebih dahulu.
“Bila dah ada lagu sendiri, barulah kita boleh mempertimbangkan mereka sebagai artis atau penyanyi. Janganlah ‘panjat’ (nyanyi) lagu orang itu, panjat lagu orang ini, lepas itu kau ubah sikit begitu dan begini.
“Saya tak nak benda macam ini yang akhirnya merosakkan industri kerana kita nak artis yang asli, yang betul-betul ada perjuangan, ada imej dan ada karakternya sendiri,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro (Nazri Abu Bakar)
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon