Zaman sekarang ni macam-macam yang sanggup dilakukan demi untuk melariskan jualan sehingga ada yang sanggup ‘pusing cerita’ demi untuk publisiti semata-mata.
Terbaharu, satu isu mula timbul melibatkan pelakon veteran Fauziah Nawi yang dikatakan telah bersifat tidak profesional selepas cuba untuk membatalkan kontrak kerja bersama dengan usahawan dan juga pelakon Tya Arifin.
Tya yang merupakan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dikatakan telah mengambil Fauziah Nawi atau lebih mesra dengan panggilan Ibu Fauziah sebagai salah seorang pelakon untuk drama pendek sempena kempen raya untuk produk jualannya.
Twit yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu memaklumkan bahawa secara tiba-tiba, Ibu Fauziah mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan shooting sehingga habis.
Penat aku korek balik video2 ni!!! Tengok ahhh sendiri. Aku malas nak cakap banyak. pic.twitter.com/bi2rOfYOPk
— Hanan • (@CariApetu) April 27, 2021
Disebabkan itu, ada sesetengah pihak telah mengecam tindakan Ibu Fauziah yang dilihat tidak profesional walaupun sudah berada dalam industri selama hampir 50 tahun.
Namun apa yang menjadi persoalan ialah teaser drama pendek tersebut telah ditayangkan di laman Facebook Mutyara Beauty sejak 20 April lalu dan mengapakah baru kini isu itu mula diperkatakan.
Hal itu membuatkan sesetengah netizen beranggapan ia hanya sekadar marketing sahaja kerana secara kebetulan, video penuh drama pendek itu akan disiarkan pada 30 April.
Bila baca all the replies, semua dok sanjung T*a Arifin tu. Katanya T*a dah berlakon lama lah, dah menyanyi lama lah di negara asal beliau. Fine, tapi tak perlu kot ampa nak downgrade Fauziah Nawi. After all, she has won several awards for her acting kot. pic.twitter.com/puNj55B3lu
— Amer Raya Dengan Mama Tahun Ni 🥰 (@amer_aljeffrey) April 29, 2021
Dalam masa yang sama, ada juga yang masih menyebelahi Ibu Fauziah kerana bagi mereka sebagai seorang pelakon veteran, beliau sama sekali tidak akan bertindak sedemikian kerana mereka ini dianggap sudah makan garam dahulu di dalam industri hiburan.
Bukan itu sahaja, bagi sesetengah warganet, Tya juga tidak sepatutnya menggunakan nama TokTi bagi memperkenalkan dirinya ketika berada dalam industri hiburan kerana adakah jika baik sekiranya beliau dikenali disebabkan bakat lakonannya dan bukannya sebagai menantu sesiapa.
Jika benar ia hanya sekadar marketing, tidak seharusnya diperlakukan begitu kerana ia dianggap telah merosakkan nama Ibu Fauziah sendiri sebagai pelakon lama.
Apa pun, kita fikir yang baik-baik sahaja mengenai perkara ini okay!
Sumber foto dan video: Twitter dan Instagram Tya Arifin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFm via MR