Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap agar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dirancang kerajaan adalah yang terakhir dibuat untuk mengawal pandemik cov1d-19.
Baginda bertitah, sekiranya ia dilaksanakan, perintah itu harus dilakukan secara berk3san dengan memastikan orang ramai turut memainkan peranan bagi menjayakan peraturan yang dikuatkuasa.
“Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih dari penularan cov1d-19, namun, sebaliknya jumlah k3s yang dicatatkan kembali meningkat. Kita sekarang berada pada tahap yang sangat kritikal. Jumlah k3s tidak menunjukkan tanda penurunan dan beberapa negeri termasuk Johor kini menjadi negeri berisiko tinggi.
“Pengorbanan mesti dibuat untuk kebaikan semua. Jangan kita menyesal kemudian hari, tiada gunanya,” titah Sultan Johor dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi miliknya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menilai semula PKP yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri mengalami peningkatan mendadak k3s positif cov1d-19 bagi membendung penularan pandemik itu yang semakin meningkat di negara ini dan di seluruh dunia.
Titah Sultan Ibrahim, walaupun sistem penjagaan k3sihatan diurus tadbir dengan baik, namun, semuanya mempunyai batas.
“Jika beban yang terpaksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan. Rakyat tidak boleh mengabaikan SOP walaupun mereka telah menerima sunt1kan vaksin terhadap virus tersebut.
“Ingatlah untuk menjaga diri dan satu sama lain, ini kerana sesetengah rakyat memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) dan bersikap seolah-olah w4b4k itu sudah berakhir, sikap berbahaya ini hanya akan menambah lagi beban kemudahan penjagaan k3sihatan kita,” titahnya.
Sultan Ibrahim turut bertitah, agensi penguatkuasaan akan bertindak lebih tegas dan adil terhadap mereka yang mel4ngg4r SOP ditetapkan.
“Kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal, seperti yang sedang berlaku di India sekarang. Saya juga berharap kerajaan negeri akan mengambil keputusan yang bijaksana dan bertindak demi kepentingan rakyat.
“Saya menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin. Percayalah kepada pakar k3sihatan yang sahih, bukan khabar angin,” jelasnya.
Tambah Baginda lagi, pihaknya amat mengambil berat kebajikan dan k3selamatan Bangsa Johor dan baginda tidak mahu mendengar kisah sedih keluarga kehil4ngan ahli yang tersayang akibat w4b4k ini.
Sumber : Utusan Online
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ASN