Rad4ng kulit mereb4k dari pinggang ke paha, Aril Pilus dimasukkan ke hosp1tal untuk elak j4ngk1tan

PENYANYI dan pengacara, Aril Pilus dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami peny4kit rad4ng kulit yang serius.

Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, dia terpaksa mendapatkan rawatan di h0sp1tal berikutan peny4kit itu mudah berj4ngk1t kepada orang lain.

“Malam tadi (malam Rabu) saya terpaksa diasingkan dalam h0sp1tal akibat mengalami masalah rad4ng pada kulit yang agak serius.

“Rad4ng ini boleh mengakibatkan j4ngk1tan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad dalam lima hingga tujuh hari,” katanya.

Kata Aril, masalah rad4ng kulit itu tumbuh di bahagian pinggang dan kini sudah mereb4k ke paha kanannya.

Perkongsian Aril di Instagramnya.

“Kawasan rad4ng ni di bahagian belakang pinggang hingga ke paha kanan dan bahagian bawah perut dan di depan paha kanan bahagian atas.

“Senang cerita, (bahagian) pinggang, perut dan punggvng la… susah sikit saya nak kongsi gambarnya takut kemontokann dan kemonggelan itu terserlah,” jelasnya.

 

Rad4ng ini boleh mengakibatkan j4ngk1tan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad dalam lima hingga tujuh hari.

ARIL PILUS

PENYANYI, PENGACARA

Selebriti berusia 36 tahun ini juga mengingatkan pengikutnya agar mengambil pelan insurans yang memang sangat membantu sekiranya berhadapan masalah kesihatan seperti yang dialaminya.

“Penting ya sahabat-sahabatku tentang medical card dan insurans ini. Alhamdulillah dapatlah mengurangkan sikit beban perbelanjaan.

“Wajib ada ya insurans individu, sangat-sangat penting.

“InsyaAllah doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapatlah saya sambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta,” katanya.

Sekadar info, Aril dicungkil bakatnya selepas menyertai program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh yang bersiaran pada tahun 2009.

Dia kini aktif dalam bidang pengacaraan dan mengendalikan program hiburan CCTV di Astro.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar