Tajul timang anak kedua, kepala terk3hel dit4rik isteri semasa bers4lin

PENYANYI Tajul Ariff memaklumkan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua… tak sampai satu jam bert4rung nyawa dalam bilik bers4lin, isteri saya selamat bers4lin dengan normal.

“Baby boy, sepasang dah dapat! Walaupun kepala aku terk3hel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamat,” katanya.

Perkongsian Tajul di Instagram.

Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.

Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak h0sp1tal kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bers4lin itu.

Tajul bersama isteri dan anak sulung mereka.

“Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu.

“Terima kasih semua yang mendoakan… sayang korang!” katanya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar