“Kalau boleh beri peluang kepada pengusaha restoran untuk membenarkan pelanggan-pelanggan kami ‘dine in..”- Ini Luahan Yang Dibuat Fazley Yaakob Kepada Kerajaan

Kuala Lumpur: Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob merayu kerajaan membenarkan pelanggan makan dalam restoran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan enam daerah di Selangor ketika ini.

Fazley, 43, berkata, dia percaya ramai pengusaha restoran terkes4n dengan pelaksanaan terbaru itu dan berharap cadangan berkenaan dipertimbangkan dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ket4t.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“Saya terpanggil untuk berkongsi terutamanya kepada pihak berwajib, kalau boleh memberi peluang kepada pengusaha restoran untuk membenarkan pelanggan-pelanggan kami ‘dine in’.

“Mungkin satu meja untuk dua orang dan diperhalvsi dengan SOP ket4t. Perlu daftar MySejahtera, menggunakan cecair sanitasi tangan, pelitup muka hanya dibuka ketika makan dan selepas makan, mereka perlu keluar dari restoran,” katanya.

Fazley berkata, pelaksanaan PKP semestinya memberi kesan besar kepada pengusaha restoran.

Menurutnya, bukan mudah untuk semua orang untuk menggunakan perkhidmatan penghantar makanan sepanjang masa.

“Bukan mudah kerana apabila balik kerja, nak tempah makanan sebab penghantar makanan pun tidak ramai. Mereka juga terkejar-kejar. Jika dibuka peluang untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, ia membantu banyak pihak.

“Itu hanyalah saranan saya kepada pihak berwajib. Jika kecil hati, ini hanyalah permintaan ikhlas daripada saya dan juga ramai pengusaha restoran yang lain,” katanya.

PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor mulai semalam hingga 17 Mei, manakala seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 20 Mei.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM