Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, juga dikenali sebagai Ebit Lew (lahir Lew Yun Pau; 21 Disember 1984) merupakan seorang usahawan dan pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat fakir m1sk1n,
Kali ni Ebit Lew raih perhatian lagi apabila berbuka puasa bersama gelandangan di Kuala Lumpur. Sikap sopan dan rendah diri Ebit Lew selalu buat orang ramai terharu.
View this post on Instagram
Dengan kapsyen:
Sejuk sayu malam 26 Ramadhan di jalanan. Hari ni jamu gelandangan kl buka puasa. Ramai sangat beratur. Semua tenang menanti. Ramai juga minta dalam bungkus untuk sahur. Boleh ke ustaz. Boleh abang.
Kakak tidur mana?tepi kedai ni ke? Tidak ustaz. Saya tidur bawah jambatan sana. Mandi dekat mana. Mandi dekat tandas awam je. Ok ke kakak. Takper ustaz saya dah biasa. Dah tu kerja apa. Saya kerja kutip-kutip tin jer ustaz.
Mana akak tahu saya sampai. Tadi semua orang jerit-jerit nampak kereta putih ustaz. Diaorang kata nasi sedap panas-panas dah sampai.
Saya beri sedikit duit belanja pada beberapa orang tadi. Eh ustaz kenapa bagi duit. Makan dah bagi cukuplah. Takper akak ni semua Allah bagi dia sayang akak. Terima kasih ustaz.
Ustaz buka dimana dah azan ni. Takper sambil bagi makanan sekejap lagi saya makan. Eh,ustaz buka disini jer. Kotor ni ustaz. Mana ada kotor akak. Akak tidur, makan,semua dekat sini. Kita sama jer kak..
Terasa seb4k bila makan bersama mereka. Terasa betapa besar nikmat Allah beri dalam hidup kita. Kita tak diuji macam mereka-ebitlew
Allah mulia sungguh hati Ebit Lew. Semoga sifat dan budi baik Ebit Lew jadi tauladan buat kita semua.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Instagram Ustaz Ebit Lew / TTV via TTK