Sudah menjadi kewajipan sebagai seorang suami untuk memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak khususnya dalam pemberian nafkah. Namun begitu, sering kali isu ini menjadi pertika1an sebab suami zaman sekarang gemar memberikan jumlah nafkah yang dirasakan banyak padahal ia langsung tidak mencukupi. Bagi para wanita, perkara ini pastinya menjadi satu isu yang sensitif dan mereka akan terus ‘bersuara’ bagi menegakkan hak para isteri.
Umum mengetahui, selepas seorang wanita sah bergelar seorang isteri sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan nafkah merangkumi zahir dan batin. Nafkah yang dimaksudkan adalah makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain.
Bagaimanapun, jika nafkah yang diberikan oleh si suami tidak mencukupi walhal dia mampu, si isteri berhak untuk meminta dari si suami namun, hanya untuk cukup-cukup memenuhi keperluannya dan tidak berlebih-lebihan.
Sebulan RM5?
Seperti perkongsian seorang peguam dikenali sebagai Surianti Ghani menerusi satu posting di laman Facebook, berkongsi satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang sudah menjadi tanggungjawab seorang suami. Difahamkan, si suami hanya memberikan nafkah secara ala kadar dan sama sekali tidak menyediakan keperluan yang lain.
Bahkan, paparan transaksi bank turut dikongsi untuk jadikan bukti yang menunjukkan si suami hanya memberikan nafkah sebanyak RM5 sebulan kepada isterinya.
Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri, lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.
Lelaki itu dipercayai sama sekali tidak memberikan nafkah yang secukupnya bahkan, isterinya pula perlu menanggung kos-kos lain termasuk barang dapur, dan sewa tempat tinggal. Apa yang lebih mengejutkan, apabila nafkah bulanan isterinya dinaikkan dua kali ganda kepada RM10 berikutan bulan Ramadan.
Realiti 1 kes di m4hk4mah syariah setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri. Itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan.
Respon netizen
Sumber: Surianti Ghani
APA ITU NAFKAH? KENAPA HANYA UNTUK ISTERI?
Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Ini jelas berdasarkan kata-kata Allah:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Surah An Nisa, ayat 24”
Rasulullah juga pernah ditanyakan mengenai apa hak isteri ke atas suami, lalu Baginda menjawab:
“Memberinya makan apabila kamu makan, dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian” (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud)
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ianya merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud Sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumah tangga yang sering berlaku ini dapat dielakkan.
Tugas si suami bukanlah memperhambakan si isteri, malah menjaga si isteri dan mengawal si isteri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam, sekiranya si suami berkahwin lebih dari seorang isteri, bermakna si suami perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya.
Jangan ambil mudah akan perkara ini, pada zaman ini, senang-senang sahaja si isteri pula yang diarah untuk mencari nafkah buat keluarga, walhal si suami goyang kaki sahaja di rumah. Menurut hadis Rasulullah, para suami yang wajib menanggung perbelanjaan makan minum serta pakaian isteri dan juga anak-anak.
Nafkah di sini membawa maksud menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak. Tidak kira lah kalau hari-hari lauk yang sama ke, ianya tetap dikira sebagai nafkah. Wang belanja harian juga perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai mengikut kemampuan. Seorang suami yang tidak memberikan wang saku yang sesuai kepada isteri tanpa sebarang sebab munasabah juga sudah dikira melakukan keganasan kewangan kepada isteri, tambah-tambah lagi kalau isteri seorang suri rumah.
Sekiranya si isteri juga seorang yang berkerja, mereka juga berhak mendapatkan nafkah dua persalinan pakaian yang lengkap termasuk kasut, pakaian dalam, tudung, dan lain-lain dalam setahun.
Namun, jika si suami enggan memberi nafkah kepada si isteri, si isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga. Hal ini dibenarkan oleh syarak. Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan kamu dengan cara yang makruf” (Hadis direkodkan oleh Imam Al Bukhari)
Sekiranya si isteri berdepan dengan suami seperti ini, isteri boleh mengambil secara diam-diam sejumlah wang yang sesuai bagi menampung perbelanjaan yang sewajarnya, malah si isteri juga sudah meringankan beban dosa suami di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
Ianya sudah jelas menunjukkan bahawa pemberian nafkah daripada si suami kepada isterinya adalah menjadi perkara yang wajib, tetapi, mengapa masih ada lagi yang mengambil perkara ini sambil lewa sahaja sedangkan ini adalah salah satu tuntutan di dalam Islam? Wallahualam. Jadi, untuk bakal suami dan para suami di luar sana, tolong ambil serius akan perkara ini, kerana anda juga yang akan terbeban dengan dosa ini di akhirat nanti. Memang nampak mudah, tetapi, jangan sesekali ambil mudah!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :trendingsangat via mr