“Kami Jumpa Bila Perlu” , Elizabeth Tan, Suami Tak Sebumbvng

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mendedahkan dia dan suami, Siew Jim masih lagi belum berkesempatan untuk tingal sebumbung.

Menurut ELizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei, 28, mereka belum bersedia untuk tinggal berjauhan dengan ibu masing-masing.

“Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak kahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung.

“Suami memilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia men1ngg4lkan ibu saya,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Penyanyi lagu Knock Knock itu juga berkata, sebelum berkahwin lagi dia dan suami sudah mempunyai perjanjian sedemikian agar tidak menimbulkan masalah dalam hubungan rumah tangga mereka.

Tambah Elizabeth, dia dan suami hanya bertemu bila perlu sahaja.

“Dari awal perkahwinan, kami sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan. Kami hanya akan berjumpa apabila perlu. Mungkin seminggu atau dua minggu sekali.

“Saya seronok dengan kehidupan seperti ini, sekurang0kurangnya saya dan suami mempunyai ruang sendiri.

“Setakat ini, kami langsung tidak pernah berbincang untuk duduk sebumbung. Mungkin jika dikurniakan cahaya mata, baharulah kami memikirkan soal ini,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Misteri Delaila ini juga mengakui dia berasa sed1h apabila jumlah pengikutnya di Instagram semakin berkurang selepas bergelar isteri.

“Ia membuatkan saya sangat sed1h. Bayangkan, beratus-ratus unfollow setiap hari disebabkan saya berkahwin.

“Saya tidak menyangka ugutan peminat untuk unfollow saya dalam instagram adalah serius. Biarpun bergelar isteri, tetapi tiada banyak yang mengubah hidup saya,” katanya.

Pada pertengahan Mac lalu, foto perkahwinan Elizabeth menjadi tular selepas ia dikongsikan oleh bapanya, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

Elizabeth kemudiannya tampil mengakui kesahihan perkara itu dan berkata dia enggan menghebohkan tentang isu perkahwinannya kerana menganggap ia adalah satu isu kecil serta terlalu peribadi buat dirinya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mSTar via motifviral