Ramadhan Kedua Tanpa Ashraf Sinclair, Perasaan BCL Kali Ini Agak Berbeza

Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan kedua bagi Bunga Citra Lestari tanpa suami di sisi, Ashraf Sinclair, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari 2020 ketika berusia 40 tahun.

Ramadhan Yang Berbeza

via @bclsinclair

Walaupun pada awalnya sukar untuk menerima keadaan selepas ditinggalkan Ashraf untuk selama-lamanya, penyanyi yang akrab  disapa sebagai BCL dilihat sudah mula perlahan-lahan bangkit dari kesed1han. Dia juga kini sudah mula membuat penampilan di beberapa acara.

“Untuk bulan Ramadhan tahun ini, sudah tentu ianya sangat berbeza dengan tahun lalu”-Bunga Citra Lestari.

Jalani Kehidupan Sebagai Penyanyi & Ibu Tunggal

via Instagram @bclsinclair

Melalui temubualnya bersama Kumparan, BCL turut menyatakan bahawa walaupun berbeza, dirinya kini lebih menjalani kehidupan sebagai seorang penyanyi dan ibu tunggal. Lebih-lebih lagi, di juga sibuk dengan pelbagai tawaran.

“Saya rasa Ramadhan tahun ini sudah boleh diadaptasi, banyak menerima, dan banyak menikm4ti momen yang ada. Tahun ini juga, saya sudah mula bekerja. Sibuk menyanyi, siapkan EP. Mudah-mudahan album mini saya akan keluar dengan cepat.”-Bunga Citra Lestari

Tidak Mahu Melepaskan Momen Berharga Bersama Anak Tunggalnya, Noah Sinclair

via Instagram @bclsinclair

Selain itu, Bunga Citra Lestari mengakui mahu menjaga keseimbangan antara kerja dan keluarga. Dia tidak mahu melepaskan momen berharga bersama anaknya, Noah Sinclair.

“Biar boleh bekerja tetapi masih boleh bersama keluarga dan anak juga. Boleh beribadah. Jadi hanya mencari keseimbangan dalam melakukan semuanya.”- Bunga Citra Lestari

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my