Baru-baru ini, viral di media sosial kisah seorang warga emas yang mendakwa dirinya diab4ikan sembilan anak kandung.
Warga emas dikenali sebagai Zahrah itu memberitahu, dia mempunyai anak yang tinggal di Shah Alam namun menantu menolak untuk menjaganya di atas alasan susah mahu berjalan.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengec4m tindakan tidak bertanggungjawab anak-anak.
Walau bagaimanapun, muncul pula respon balas seorang individu yang mengaku sebagai salah seorang menantunya.
Menurut wanita itu, ibu mertuanya yang terlebih dahulu membuang anak-anak dari hidup sejak kecil.
Malah, suaminya yang miskin didakwa selalu menjadi mangsa hin4an ibu sendiri.
Susulan itu tersebut, pihak pusat jagaan tampil mempertahankan Makcik Zahrah.
Menurut Rumah Jagaan dan raw4tan Orang Tua Al-Ikhlas, warga emas itu bukan orang yang senang dan meneruskan hidup dengan bantuan daripada Baitulmal.
“Biarlah kami menjaga Makcik Zahrah. Tak nak jaga tak apa. Jangan fitnah beliau. Makcik Zahrah bukan orang senang. Beliau hidup dengan sumbangan Baitulmal,” katanya menerusi Facebook.
Katanya, setiap kali pihak media mended4hkan perihal warga emas di bawah jagaan dan raw4tan mereka, pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan memberikan respon.
“Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka a1b mak ayah kita di sosial media.
“Menceritakan kisah sil4m mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain.
“Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tangungjawab ini. InshaAllah selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya,” katanya.
Malah, rumah jagaan turut sempat menasihati anak-anak supaya tidak menceritakan kisah silam ibu bapa di media sosial. Seburvk-burvk mana pun ibu bapa, tanpa mereka anak-anak tidak mengenal dunia.
“Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.
“Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. Syurga di bawa telapak kaki ibu.
“Doakan urusan kami dipermudahkan.Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat. Dunia sementara akhirat kekal selamanya,” katanya.
Rumah Jagaan dan raw4tan Orang Tua Al-Ikhlas memohon maaf dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.
Kepada orang ramai, pihaknya berterima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese.com