“Kadang cemburu dengan kawan masih ada isteri” bapa tunggal 6 anak akui hanya buat persiapan ringkas… makin faham erti kehilangan

SELAMA 13 tahun hidup bersama, ketiadaan insan bernama isteri sememangnya memberi kesan yang sangat mendalam lebih-lebih ketika umat Islam meraikan 1 Syawal.

Bagi seorang suami, Syawal pada tahun ini amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya selepas isteri, Natasha Mik’yal ‘pergi’ secara mengejut pada 6 Februari lalu kerana ser4ngan asma.

Bukan satu perkara yang mudah buat Nazri Ahmad, 39, untuk memikul tugas yang biasa dilakukan oleh arw4h isterinya lebih-lebih lagi menyediakan persiapan untuk menyambut lebaran.

“Persiapan pada tahun ini sangat simple. Boleh dikatakan hampir tiada persiapan… cuma saya sudah menyediakan baju raya buat anak-anak,” kata bapa tunggal enam anak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 12 tahun ini kepada mStar.

Menurut Nazri, dirinya tidak dapat melupakan kenangan apabila dia dan arw4h isteri akan melakukan segala persiapan bersama setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal.

Allahyarh4mah Natasha men1nggal dunia secara mengejut kerana ser4ngan asma pada Februari lalu.

“Selama 13 tahun berkahwin, bukan sedikit kenangan saya bersama arw4h isteri sewaktu puasa dan raya. Kami dua-dua anak yatim piatu, memang semua perkara akan dilakukan bersama… berg4ntvng antara satu sama lain.

“Kalau berbuka puasa, kami memang sering makan di rumah, jarang berbuka di luar. Bahang raya pasti terasa sebab arw4h akan kalut buat macam-macam… bab baju raya kami sekeluarga, biskut dan kuih muih, langsir, kusyen dan lain-lain.

Membesarkan enam anak yang masih kecil bukanlah tugas yang mudah bagi seorang bapa tunggal.

“Kalau beli baju raya, kalau arw4h ada, memang tak cukup sehari… sebab dia sangat teliti. Tapi sekarang saya sediakan seadanya saja. Anak-anak pun tak cerewet… mereka pun seolah-olah faham.

“Saya bersyukur, ramai sangat yang beri biskut raya serta makanan seperti jajan. Tak tahu pengirimnya, memang akan ada sahaja walaupun dah tiga bulan arw4h pergi. Alhamdulillah. Bab biskut atau makanan memang tak jadi masalah,” ujarnya yang bekerja sendiri dalam bidang perkhidmatan.

Kalau beli baju raya, kalau arw4h ada, memang tak cukup sehari… sebab dia sangat teliti. Tapi sekarang saya sediakan seadanya saja.

NAZRI AHMAD

BAPA TUNGGAL

Bercerita mengenai juadah raya, Nazri berkata dia terlalu merindui rendang ayam air tangan arw4h isterinya yang tidak dapat lagi dinikm4ti pada Aidilfitri kali ini.

“Rendang ayam memang wajib arw4h masak ketika raya. Bagi saya itulah rendang ayam paling sedap saya pernah makan. Baru-baru ini saya ada beli, memang takkan dapat menyamai air tangan arw4h,” ujarnya lagi.

Meraikan Aidilfitri bersama enam anaknya di Shah Alam, Selangor, Nazri berkata mereka merancang menziarahi pusara arw4h di Tanah Perkuburan Pusara Aman di Kampung Melayu Subang, berg4ntvng kepada SOP (prosedur operasi standard) Cov1d-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Anak-anak Nazri tidak putus-putus mengirimkan doa buat arw4h ibu mereka.

“Mungkin bila keadaan mengizinkan, saya akan jemput rakan-rakan terdekat berkunjung ke rumah. Anak-anak dan rakan-rakan saya memang rapat. Mereka gembira sangat bila tahu rakan-rakan saya nak beraya.

“Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan, adik beradik malah jiran-jiran yang sangat baik hati. Memang mereka ini sentiasa ambil berat terhadap kami sekeluarga. Mereka umpama sistem sokongan… kalau tiada mereka, ‘koyak’ juga.

“Cuma saya kadang-kadang rasa cemburu dengan kawan-kawan yang masih ada isteri. Saya dah rasa erti kehilangan… jadi bagi saya, selagi ada waktu, hargailah satu sama lain. Kalau tak appreciate isteri, rugi sangat,” katanya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar via mr