Cun habis! Gadis las4k kejvtkan warga TikTok dengan baju kurung pink, minta doa yang baik-baik – “Tak pernah lagi beraya pakai baju Melayu”

BAGI sesiapa yang aktif di TikTok, mereka pastinya pernah melihat kelibat gadis yang memiliki hampir 200,000 pengikut ini.

Di platform video itu, Adriana Azahari, 24, atau Addy dikenali kerana gayanya yang kelihatan lasak dan kasar seperti lelaki.

Namun, kemunculan gadis itu yang manis berbaju kurung moden rona merah jambu ketika Aidilfitri ternyata mencuri perhatian ramai.

Ketika dihubungi mStar, graduan bidang Perniagaan itu mengakui terharu dengan komen-komen yang diterima menerusi TikTok.

“Saya dari dulu ketika rambut panjang sehinggalah ke rambut pendek, perwatakan saya memang kasar.

“Tapi setiap kali raya saya akan pakai baju kurung. Tak pernah lagi beraya pakai baju Melayu atau kurta.

“Yang pakai baju kurung tu biasa je sebenarnya. Tapi memang saya selalu terima komen, mereka (pengikut) nak tengok saya bertudung, pakai baju kurung dan sebagainya.

Addy tampil berbaju kurung menerusi video terbaharu di TikTok.

“Saya bersyukur mereka berdoa untuk saya jadi lebih baik dan tak menghakimi. Ceria hari-hari saya baca komen mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Addy, dia juga tak terlepas menerima kec4man kerana gaya dan penampilannya.

Namun katanya, dia melihat semua komen dengan perspektif yang positif dan menganggap ia sebagai teguran untuk ke arah yang lebih baik.

Masa sekolah dulu, kalau boleh semua sukan saya nak masuk.

ADDY

“Kalau baca komen kat TikTok tu, kena ‘keras’ sikitlah. Komen negatif tu biasa. Penampilan kita memang orang kritik.

“Tapi saya ada juga buat video penjelasan. Saya tak minta banyak, cuma doa yang baik-baik saja.

“Awal-awal dulu, tipulah kalau tak terasa. Lama-lama jadi kebal,” ujar anak sulung daripada dua beradik itu.

Bercerita mengenai dirinya, Addy mengakui dia seorang yang lasak dan aktif menyertai sukan serta acara kawad kaki di sekolah suatu masa lalu.

Kata Addy, dia memang lasak sejak dulu lagi.

“Saya sebenarnya tak ramai kawan lelaki, saya ramai kawan perempuan. Even macam ni, ada je lelaki approach saya, hantar direct message (DM) nak berkenalan.

“Masa sekolah dulu, kalau boleh semua sukan saya nak masuk. Olahraga, bola tampar, kawad kaki dan sebagainya.

“Balik sekolah saya akan main skateboard pula. Memang lasak,” ujarnya lagi.

Menurut Addy, dia kini masih belum bekerja, namun sekadar menjadi host di aplikasi Bigo Live yang membolehkan dia menjana pendapatan sekitar RM1,600 sehingga RM3,000 sebulan.

@adyydgaf

Raya 2021 ✨ ##foryoupage ##foryou ##fyp ##viral ##shouldbeme ##tiktokviral ##selamathariraya ##tiktokmalaysia

♬ Firdayini Nasihah – amieko

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar