“Mungkin kalau tk dikurniakan zuriat kat sini, Allah bagi nanti kat sana..” – Siti Elizad

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad tidak pernah berputus asa dalam usaha untuk memperoleh cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shamsul Baharin, enam tahun lalu.

Memetik laporan Utusan Online, pelakon berusia 37 tahun itu menganggap ia sebagai satu ujian yang perlu diterima namun tetap bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

“Alhamdulillah, mengenali diri saya jarang sangat bersedih. Jadi saya tidak malu untuk berkongsi. Tiada apa yang sempurna dalam dunia, jadi dalam masa yang sama saya mahu berkongsi kebaikan.
“Kebahagiaan bukan diukur melalui zuriat, walaupun sedih untuk ditelan tetapi kebahagiaan datang bila kita terima seadanya,” katanya.

Malah menerusi sebuah posting di Instagram baru-baru ini, penyampai radio Sinar FM itu mengakui sambutan Hari Raya mereka berdua pasti bertambah meriah sekiranya mempunyai anak kecil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

“Raya tidooo tahun ni. Apa lagi nak buat. Masih berdua. Ada baby kecik kan best,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pelakon Jalan Sesat Ke Syurga itu sentiasa bersikap positif selain dalam perancangan bagi menyambung semula raw4tan k3suburan in-vitro (IVF).

“Mungkin kalau Allah tak bagi zuriat kat sini, bagi nanti kat sana. Itu janji Allah.
“Soal raw4tan memang akan buat dalam tempoh terdekat. Sambung IVF kembali, cuma dalam tempoh pandemik kena cari waktu yang lebih sesuai,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online (Aida Rizmariza Kamaruddin)

via https://ohmymedia.cc/mungkin-kalau-tak-bagi-zuriat-kat-sini-allah-bagi-nanti-kat-sana-siti-elizad/

 

Artikel Sebelum ini

Siti Elizad takut suami bosan, enam tahun kahwin tapi belum ada anak – “Kita masih berdua, saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri”

HASRAT pelakon Siti Elizad Sharifuddin untuk mendiami kediaman baharu bersama anak sulungnya masih belum k3sampaian apabila dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Menerusi coretan di Instagram sempena meraikan ulang tahun keenam perkahwinannya, aktres itu berharap suami, Shamsul Baharin Rahman tidak bosan dengannya kerana masih belum mampu memberikan zuriat bagi memeriahkan rumah tangga mereka.

“Kami bell rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan 2021 slap, kami ada zuriat sendiri. “Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku.

“Sangat berharap yang awak tidak akan bosan dengan memandangkan saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri,” katanya.

Memasuki tahun keenam perkahwinan, Elizad masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Dalam entri itu juga, Elizad menzahirkan ucapan penghargaan buat suami yang sentiasa sabar sepanjang perkahwinan mereka selain berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Selamat ulang tahun keenam sayangku. Terima kasih selalu Iayan, sabar dan melindungi saya.

“InsyaAllah kita sama-sama berdoa dan terus berdoa lagi.

“Nampaknya isteri awak ni terpaksa jadi ‘baby kecil’ untuk memeriahkan keluarga kecil kita. Saya sayangkan awak hingga ke syurga,” katanya.

Perkongsian Elizad turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Aktres itu sebelum ini pernah menjalani raw4tan k3suburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran pada November tahun lalu selepas seminggu disahkan hamil.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingkini.pw/