“Kembar Ibunya, Sebiji Wajah Tokti.” Wajah Terbaru Afwa Raih Perhatian. Comelnya Dia, Pipi Merah Gebu, Buat Ramai Geram! – KELUARGA

Selepas lebih sebulan melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa, penyanyi kesayangan ramai ini memuat naik perkongsian terbarunya di instagram.

Menerusi kapsyennya Dato Sri Siti Nurhaliza, semalam( 22 mei) genap sebulan tiga hari dia melahirkan. Dalam perkongsian tersebut, Siti turut memuat naik gambarnya bersama Afwa yang sedang lena.

Walaupun kapsyen tersebut ringkas sahaja, namun ramai yang memberi reaksi geram melihat wajah terbaru buah hati kesayangan Siti Nurhaliza itu. Untuk rekod, Siti selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi 19 April lalu.

Siti dan suami kemudiannya menamakan putera kesayangan mereka dengan nama Muhammad Afwa selepas tujuh hari dilahirkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Wajah Afwa yang tenang sedang lena itu menambat hati ramai. Dengan pipi yang kemerahan dan gebu, siapa sahaja yang tak geram melihatnya kan.

eva_revamoed MasyaAllah, pipi baby afwa & baju @ctdk sama merah. Gemushhhh💯😘❤❤😍

akmaliza Allah….comelnye toktiiiii😍

ctsharina Alhamdulillah.. Tak lama dah nak habis pantang.. 😍

eydaadnan Alhamdulillah..smoga sihat slalu kak iti dan baby afwa❤️

 

Afiyah muka Dato’ K, Afwa Muka Dato’ Siti

arie_ziela MasyaAllah… Pipi tu geramm betul laaa😍 comeyyy😍

adin_max Afiyah mcm muka dato k. Afwa muka dato siti 😁

anisahpelan 😍😍❤️❤️❤️kembar ibunya Tokti😅😍😝Mohammad Afwa Sebijik wajah ibunya😘😂

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Keluarga