KUALA LUMPUR: Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil dalam temu bual eksklusif menerusi RTM dan Bernama TV bagi mengupas isu-isu berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha-usaha kerajaan menangani p4ndemik C0VID-19.
Program Bicara Khas Cabaran P4ndemik c0v1d-19 Eksklusif Bersama-sama YAB Perdana Menteri itu menyentuh persoalan konsistensi prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penetapannya, kelangsungan ekonomi negara pada era pandemik serta momentum Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan.
Tan Sri Muhyiddin ada menjawab persoalan isu double standard yang hangat diperkatakan dan sering dikaitkan dengan ‘antara dua darjat’
“Saya boleh jaga ke 30juta orang ni?”,tanya PM.
“Takkan la saya nak letak beratus ribu pegawai penguatkuasa nak jaga 30juta orang rakyat?”, ujarnya lagi.
self control, self lockdown…
Video Penuh
Diterbitkan secara kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), temu bual eksklusif tersebut dihoskan oleh Wan Syahrina Wan Ab Rahman daripada Bernama TV bersama Terrence Dass (RTM)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Youtube Astro Awani