Kenyataan ‘Media mana?’ bukan wakili KKM, Dr Rafidah akan dipanggil perjelas isu persoal media

KENYATAAN pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah yang mempersoalkan tanggungjawab pihak media di dalam usaha pemberian vksin c0v1d-19 tidak mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu akan memanggil Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

“KKM akan memanggil Dr Rafidah untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara sebegìni tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu pada Selasa.

KKM berkata, pihaknya menghargai peranan media yang banyak membantu kementerian dalam menangani w4b4k p4ndemik c0v1d-19.

“Sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali,” katanya.

Dr Rafidah menerusi ciapan di Twitternya mempersoalkan di mana media tatkala kerajaan sedang mempergiatkan Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan (PICK).

“Tak payah lah cerita-cerita artis l4ngg4r SOP. Pedulikan mereka ini.

“Gantikanlah program-program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul. Lebih kan,” ciapnya.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan peranan pemimpin setempat yang sepatutnya perlu turut sama bertanggungjawab memastikan masyarakat mendapatkan vksin.

“Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej WhatsApp berkeliaran. Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri? Ajak lah mereka bersama-sama vaksin. Turunlah padang. Ini kerja anda. Buatlah. Takkanlah ini kerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga,” ujarnya.

Kenyataan Dr Rafidah di laman Twitter.

Selain itu dalam ciapan sama, beliau turut menggesa kerajaan mengubah strategi pemberian vksin termasuk membenarkan pihak swasta membawa masuk bekalan vksin dengan kadar segera bagi mempercepatkan proses penerimaan vksin yang kini disifatkan amat perlahan.

Beliau berkata, Malaysia sudah tidak boleh memb4zirkan masa begitu sahaja dalam keadaan ramai pes4kit yang kecundang tanpa henti ketika ini.

“Cepatkanlah program v4ksinasi ni. Lembab sangat. ‘Bring in anything, everything’. Apa jenis v4ksin pun. Cepat sikit. Bagi sahaja lah syarikat swasta bawa masuk v4ksin. Tak kira lah siapa.

“Beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu.Opt-in, daftar pun ada baiknya.

“Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, ketepikan,” katanya.

Dr Rafidah turut menegaskan betapa pentingnya untuk pes4kit kronik mendapatkan v4ksin segera.

“pes4kit kronik diberi keutamaan, tapi sampai hari ini soalan sama ditanya oleh anak-anak mereka di media sosial. Kenapalah macam itu.

“Dah berbuih mulut menyatakan, pes4kit kr0nik sangat-sangat perlu. Di dalam interpretasi saya: Wajib. Tidak perlulah tanya lagi. Cepat-cepat daftar.

“Mereka ini kalau dij4ngk1ti c0v1d-19, risiko m4ut tinggi. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak/ ahli keluarga,” katanya.  

Kredit : Sinar harian 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar