Wanita lumpvh cekal tamatkan pengajian, mampu hantar ibu buat umrah… ‘wheelchair motosikal’ banyak berjasa

RAKAMAN memaparkan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) mengemudi kerusi roda yang disambung dengan motor khas di atas jalan raya mengundang perhatian ramai netizen.

Menurut Nurul Aunie Wajihah Zaid, 31, video itu dirakam ketika dia bergerak dari kediamannya di Merlimau, Melaka, ke tempat kerja yang mengambil masa selama 10 minit perjalanan sahaja.

Mesra disapa Aunie, wanita kelahiran Machang, Kelantan itu sempat memperincikan semula kisah hidupnya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

“Saya kem4lang4n pada April 2014. Ketika itu berlaku kem4tian atuk belah suami di Muar, Johor. Kami kem4lang4n ketika dalam perjalanan balik ke Melaka.

“Dalam pukul 11 malam, tiba-tiba hil4ng kawalan. Ada yang kata tayar pancit, ada juga yang kata kawasan tu memang ‘keras’ dan sudah banyak berlaku kem4lang4n sebelum ini.

Perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa 10 minit sahaja.

“Ketika sedar, saya dah terc4mp4k keluar. Saya sedar pun sebab suami panggil nama, dia sangkakan saya terhemp4p bawah kereta.

“Masa tu tak rasa apa-apa di paha dan belakang rasa s4kit. Masuk h0sp1tal, doktor sahkan tulang belakang pat4h ada keced3raan saraf tunjang sehingga saya lvmpuh separuh badan,” ujarnya.

Menurut Aunie, kejadian itu berlaku ketika dia masih lagi bergelar penuntut bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Saya rasa hidup ini sama sahaja walaupun saya dah lvmpuh.

AUNI

Biarpun terpaksa berkerusi roda, dia tetap bersemangat untuk menyesuaikan diri sebagai OKU sehingga berjaya menamatkan pengajian.

“Selepas kejadian itu, doktor ada tanya apa yang saya mahukan. Saya kata saya nak teruskan pengajian sebab berbaki hanya setahun lagi.

“Keluarga kata tak perlu teruskan, sebab mereka risaukan saya. Tapi atas sokongan keluarga, suami, pensyarah dan kawan-kawan, saya konvo juga akhirnya.

Aunie dan suami terlibat kem4lang4n pada April 2014.

“Dengan sokongan mereka semua pada waktu itu, saya rasa hidup ini sama sahaja walaupun saya dah lvmpuh,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Aunie berkata dia merupakan seorang usahawan dan kini menjadi stokis pewangi jenama De’Xandra.

Ceritanya lagi, kerusi roda dengan motor khas itu dihadiahkan oleh suami, Muhammad Rabani Mohd Samson, 29, bagi memudahkan pergerakannya.

“Ofis dengan rumah hanya 10 minit perjalanan. Biasanya suami yang hantar, tapi kadang-kadang dia pun sibuk.

“Lama-lama saya tengok ada seorang kawan OKU, dia beli kerusi roda yang boleh disambung dengan motor tu. Jadi suami buat kejutan dan beri hadiah kepada saya.

Aunie bersyukur dengan sokongan suami, keluarga, rakan-rakan dan pensyarah.

“Ia memudahkan pergerakan saya. Kalau nak guna, boleh sambung bahagian motor di depan. Bila dah sampai ofis, kita boleh buka motor itu,” ujarnya.

Kata Aunie, dia tidak pernah putus semangat dengan apa yang berlaku, malah komited untuk menjadi usahawan berjaya.

Dalam keadaan begitu, Aunie tetap bekerja keras sehingga mampu menghantar ibunya mengerjakan umrah dengan duit hasil jualan pewangi.

Aunie juga berterima kasih dengan netizen yang banyak memberi sokongan dan doa menerusi media sosial.

Selain pewangi, Aunie juga berniaga kelengkapan mencuci jenama Norwex manakala suaminya pula merupakan seorang pembekal bahan bantuan mengajar sekolah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar