Sebelum ini pihak p0lis telah membuka kertas si4satan terhadap penganjuran majlis tahnik anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang didakwa mel4ngg4r prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua p0lis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, si4satan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 2021 susulan satu laporan p0lis dibuat berkaitan isu tersebut.
Katanya, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti penganjur majlis dan mereka turut dipanggil untuk diambil keterangan.
“Ini susulan satu artikel berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang mendakwa berlaku pel4ngg4ran SOP serta beberapa gambar di dalam artikel tersebut menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis tersebut.
“Di dalam artikel tersebut juga telah menyatakan bahawa VVIP dan penceramah jemputan telah hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak p0lis untuk merentas negeri di atas alasan mereka tinggal di luar kawasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
SIASATAN SELESAI DAN INI JUMLAH KOMP4UN
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan komp4un RM10,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.
Ketua p0lis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, selain pasangan itu, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan komp4un sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Arjunaidi berkata, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.
artilel berkaitan ..
“Kebetulan Ada Urusan Kerja Di Kuala Lumpur, Saya Singgah…Rumah Mak Mentua Pun Di Kawasan Sama…” – UAI
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menafikan dakwaan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan sengaja merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis tahnik anak lelaki Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, minggu lalu.
UAI berkata, beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja pada 25 dan 26 April di Setapak dan Cyberjaya.
“Saya berkawan dengan Datuk K sudah tiga tahun. Dia tahu saya berada di Kuala Lumpur dan menghubungi saya untuk hadir ke kediamannya jika saya berk3sempatan.
“Rumah ibu mentua saya dan Datuk K dekat dan sudah tiga kali dia ajak saya pergi rumah dia, saya seganlah sebab dia pernah ziarah saya lebih dua jam masa saya s4kit dulu.
“Saya tiba di sana selepas selesai solat tarawih.Bila saya sampai, majlis belum selesai. Saya bukan undangan istimewa seperti yang didakwa,” jelasnya.
Tambah UAI lagi, undangan diterima kerana persahabatannya dengan Khalid bukan kerana Siti Nurhaliza.
“Kami berkawan dari 2018, saya berkawan dengan Datuk K, bukan Siti. Apa kena mengena nak berkawan dengan Siti pula?.
“Bukannya saya nak pergi sangat, tapi sebab ‘member’. Lagi pun salah ke kalau kita berdoa untuk anak sahabar kita?,” katanya menepis dakwaan warganet kononnya dia sanggup merentas negeri semata-mata untuk memenuhi undangan Siti yang merupakan artis popular tanah air.
Sumber : UTUSAN / HMETRO ONLINE / GEMPAK
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ASN