Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa semua lapisan masyarakat agar komited untuk melaksanakan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self-lockdown’ bagi memutvskan rantaian jangk1t4n cov1d-19.
Menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan berterusan k3s cov1d-19 seluruh negara, Sultan Ibrahim bertitah dengan lebih 7,400 k3s dicatatkan semalam, situasi itu amat membimbangkan serta memerlukan hampir semua pihak duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangk1t4n.
“Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar dari rumah, tetapi kita juga perlu ada k3sedaran bahawa tindakan kita keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran sahaja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain.
“Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain!. Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung s4kit yang mel4rat dan berterusan,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, pada Rabu.
Sultan Ibrahim bertitah kerajaan juga harus mempertimbangkan sekatan pergerakan penuh jika angka cov1d-19 tidak menunjukkan tanda penurunan.
Sultan Johor turut bersimpati dengan semua petugas barisan hadapan, terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa virus ini.
“Kepenatan dan kegelisahan mereka jelas kelihatan, namun mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Ingat, bukan cov1d-19 sahaja penyakit yang perlu mereka tangani.
“Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jangk1t4n demi kebaikan kita semua,” titah baginda.
Sultan Ibrahim juga telah bertitah dengan Ketua Pengarah k3sihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perbualan telefon dan disembah maklum tentang situasi terkini cov1d-19 pada semalam.
“Kemunculan varian-varian baharu juga amat menakutkan, yang kini boleh dibawa udara (airborne). Jika jangk1t4n terus menular, saya risau akan bertambah-tambah lagi varian virus berbahaya ini.
“Dalam keadaan tidak menentu kini juga, saya menyeru kepada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang telah ditimpa k3susahan dalam apa jua bentuk yang boleh,” titah baginda.
Malaysia pada Rabu merekodkan angka tertinggi harian dengan 7,478 k3s baharu.
Sumber : ASTRO AWANI
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ASN