Gara-gara berkongsi rakaman video melakukan rawatan sedvt lemak (Liposuction) di sebuah klinik di ibu kota, pelakon Zarina Anjoulie telah menjadi target netizen kerana merentas negeri.
View this post on Instagram
“Ini sebab rentas negeri ka?” tanya individu yang menggunakan nama @iman_ayumi09.
Tidak ingin isu itu berlanjutan, Zarina, 34, berkata tujuan dia berulang-alik dari Nilai ke Kuala Lumpur adalah untuk urusan kerja.
Teg4snya, dia sudah mendapat kebenaran daripada Balai Polis Nilai dan tidak khuatir sekiranya terdapat individu yang ingin menyemak dengan pihak berkuasa terbabit.
“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat Kuala Lumpur, kadang aku tak balik sebab keesokannya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik.
“Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai polis tanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet,” tulisnya di Instagram (IG).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak