Kerajaan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan akibat pelaksanaan `total lockd0wn’ fasa pertama dua minggu mulai 1 Jun ini.
Pejabat Perdana Menteri memberitahu, pakej bantuan itu diperincikan Kementerian Kewangan dan akan diumumkan selepas muktamad.
“Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
“Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat secepat mungkin,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini.
“YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockd0wn’ melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan ‘total lockdown’ yang banyak diluahkan di media sosial.
Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat. Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini. Stay Safe semua…saya sayang kalian semua” – Ismail Sabri
Kata kata Ismail Sabri rata rata diterima baik oleh netizen jika dilihat melalui komen komen yang ditinggalkan di Facebook Ismail Sabri sendiri.
Walaupun ada yang komen kenapa kerajaan lambat laksanakan PKP tetapi ramai yang memahami dan luah rasa syukur dan berharap agar apa yang terjadi sekarang boleh berakhir segera.
Ketua Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat yang mahukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.
”Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan TOTAL LOCKDOWN @ PKP PENUH.
”Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat!,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki
Beliau turut melahirkan harapan agar Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutupun ini.
Selain itu membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama tiga hingga enam bulan tanpa caj tambahan.
Sumber:Utusan Online / Malaysia Gazette
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : dnq via mr