“M4ti ke kalau you all tangguhkan sekejap balik kampung tu?” – Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘lockdown’ di kampung

PELAKON Catriona Ross meluahkan rasa m4rah terhadap sikap deg1l segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar keses4kan di lebuh raya utama negara seperti yang tular pada pagi Sabtu.

“Saya mar4h sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

“Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan ses4k.

“Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjent1k kesedaran semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Catriona di Instagram.

Terdahulu, Catriona memuat naik video di Instagram meluahkan perasaan ger4m atas sikap sesetengah rakyat Malaysia yang pentingkan diri sebelum lockdown bermula di seluruh negara 1 Jun ini.

Catriona berkata dia memahami sekiranya sesetengah daripada mereka benar-benar terdes4k mahu pulang ke kampung halaman, namun dia kes4l sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan kebenaran p0lis untuk tujuan itu.

“Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada p0lis, MITI, saya faham itu… tapi yang jadi persoalan saya m4ti ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik ke kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

CATRIONA ROSS

PELAKON

“Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai-ramai yang berses4k nak balik ke kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi ‘carrier’ c0v1d-19 sebab varian sekarang memang tidak ada simpt0m.

“Walaupun mereka yakin tiada apa-apa, kemungkinan itu tetap ada sebab kita ada Kluster Aidilfitri pun disebabkan perkara macam inilah apabila ramai berduyun-duyun balik kampung masa hari raya dua minggu lalu,” ujarnya.

Highway ses4k sebaik kerajaan umumkan total lockdown.

Dalam pada itu, Catriona juga tidak menyangka video yang dikongsikannya itu turut mendapat perhatian para doktor dan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menghasilkan video kesedaran tersebut.

“Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

“Kesianlah pada mereka yang dah penat berk0rban untuk kita semua… mereka cerita kalau dah pakai PPE (pakaian perlindungan diri), memang tak boleh kalau nak bu4ng air pun mereka kena tahan sampai habis syif dengan berpeluh-peluh lagi.

“sed1h saya dengar cerita mereka… takkanlah kita nak tambahkan lagi angka kes c0v1d-19 negara kita,” katanya lagi.

Catriona berkata sekarang bukan masanya untuk rakyat Malaysia menuding jari meletakkan kesalahan kepada satu-satu pihak sebaliknya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu sama ada kita adalah rakyat yang bertanggungjawab ataupun tidak.

“Sekarang kita semua kena tengok pada diri sendiri, tak perlu saling nak tuding jari pada mana-mana pihak.

“Kalau ada selebriti buat salah, anda kec4m mereka macam hari dah nak ki4mat. Saya cakap ini bukan sebab nak bela golongan artis, sebab bagi saya yang mana salah tetap salah.

“Cumanya sekarang, saya harap kita jadilah rakyat yang bertanggungjawab… kalau anda tak nak ahli keluarga men1ngg4l dunia kerana c0v1d, please just stay at home,” luahnya.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan total lockdown selama dua minggu bermula 1 Jun ini bagi mengekang penul4ran c0v1d-19 yang sudah pun mencecah jumlah kes tertinggi dalam negara iaitu sebanyak 9,020 pada Sabtu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar