Pernah jual bubur tepi tangga kampus, pelajar IPT ‘otak bisnes’ puas hati dapat beli kereta idaman hasil berniaga air dengan kekasih

KERANA kesungguhan dalam bidang perniagaan, pelajar bidang Perancangan Bandar dan Wilayah ini akhirnya berjaya membeli sebuah kereta idamannya baru-baru ini.

Menurut gadis yang mahu dikenali sebagai Cika, 24, kereta Proton X50 itu dibeli dengan menggunakan wang hasil dia berniaga air di Setia Alam, Selangor sejak tahun 2019.

Bercerita kepada mStar, Cika berkata perjalanannya dalam bidang perniagaan tidaklah semudah yang disangka dan ia bermula secara kecil-kecilan sahaja.

“Zaman diploma dulu saya jual bubur di tepi tangga kampus. Kemudian jual mi segera Ramen. Ketika cuti semester, saya jual gajet secara online bersama teman lelaki sampai dia boleh beli kereta sendiri pada waktu itu. Dia pun sama jurusan dengan saya.

“Kemudian perniagaan gajet kami berakhir sebab masing-masing sibuk dengan pengajian. Instagram kami juga kena god4m. Selepas itulah baru kami sama-sama buka gerai air pula.

Kedai air yang diusahakan bersama teman lelaki.

“Ia merupakan perniagaan kami bersama. Kemudian, setahun juga saya tunda pengajian ke peringkat ijazah untuk fokus kepada perniagaan sehinggalah saya kembali bergelar pelajar pada Mac lalu,” ujar penuntut pengajian jarak jauh (PJJ) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar, Perak itu.

Selain menjalankan perniagaan air bersama, Cika dan teman lelakinya, Fahim, 24, turut merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Tambahnya, mereka berdua banyak melalui cabaran dalam dunia perniagaan, ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Kalau fokus, baru dapat hasilnya. Jangan takut tapi kita kena percaya dengan rezeki.

CIKA

“Perancangan kami, selepas masing-masing dah beli kereta, kami nak kahwin. Kami mahu buktikan pada keluarga dengan pencapaian hari ini.

“Kalau ikut plan, mungkin nak kahwin tahun ini atau awal 2022. Kami berniaga tak semudah yang disangka.

“Selain cabaran cuaca, kami juga terkesan dengan PKP. Bisnes on off sejak tahun lalu. Pernah juga terdetik nak putus asa, tapi kami teruskan juga,” ujarnya yang berasal dari Keningau, Sabah.

Mengulas video kereta idaman yang baru dibeli pada Mei lalu itu, Cika berkata dia sekadar berkongsi di media sosial untuk dijadikan kenangan.

Cika berjaya mendapatkan kereta idamannya pada Mei lalu.

Pada masa sama, dia mahu memberi mesej kepada peniaga dan pelajar di luar sana agar tidak takut berdepan cabaran jika punyai minat dalam bidang perniagaan.

“Kalau ada pelajar yang nak buat bisnes, jangan risau… teruskan saja. Yang penting kita kena fokus.

“Kalau fokus, baru dapat hasilnya. Jangan takut tapi kita kena percaya dengan rezeki. Kita tak tahu rezeki kita ada di mana.

“Macam saya sendiri pun, beli kereta tu hanya ikut kemampuan. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.

“Saya tak nak beli yang lebih mahal, kita tak nak susahkan diri pada masa depan,” ujarnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar