Pekerja Noor Kartini mohon maaf, mengaku ters4lah buat ‘posting’ pertikai Sultan Johor – “Screenshot untuk rujukan saya sahaja”

SUSULAN isu posting mempertikaikan titah Sultan Johor, pekerja Datin Noor Kartini Noor Mohamed iaitu Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf dan mengaku bertanggungjawab terhadap kekecohan itu.

Zulshafiqah berkata, tangkap layar (screenshot) itu bertujuan untuk rujukannya tanpa berniat memuat naik di Instagram peribadinya atau akaun ibu kepada selebriti Neelofa itu.

“Saya dengan ini ingin menyatakan permohonan maaf berkenaan isu yang tular di media sosial berhubung tangkap layar di Instagram Datin Noor Kartini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka di Instagram individu tersebut.

“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Saya yang merupakan Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini telah tersilap memuat naik tangkap layar.

“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.

“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri, ” tulisnya.

Selain itu individu tersebut juga memberitahu dia sudah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak p0lis bagi membantu siasatan berhubung isu yang tular ini.

Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri.

ZULSHAFIQAH ZULKAFLI

Pada Ahad, keluarga Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun perkongsian di Instastory Noor Kartini dengan imej Sultan Ibrahim berhubung titah berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penul4ran c0v1d-19 segera dipad4m dalam masa beberapa minit.

Namun menerusi tangkap layar yang disebarkan semula di media sosial, dapat dilihat kata-kata yang mempertikaikan saranan Sultan Ibrahim.

Muat naik berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang turut berkongsi tangkap layar daripada Instagram Noor Kartini itu.

Datin Noorkartini buat laporan p0lis di Balai p0lis TTDI pada petang Ahad.

Susulan itu Noor Kartini tampil dengan kenyataan penafian berhubung kontroversi berkenaan.

Dalam pada itu, Zulshafiqah turut memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor, dan seluruh kerabat diraja Johor serta Noor Kartini sekeluarga.

“Dengan rasa hormat dan rendah diri patik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduk4 BagindaAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh kerabat Johor, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi.

“Saya juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini serta keluarga di atas kecu4ian saya yang telah menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga.

“Dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku, ” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar