Michael Ang beng4ng rakyat Malaysia banyak ‘bunyi’, tak bersyukur! – “Takkan nak kena suap tiga meals sehari baru puas hati?”

SIKAP negatif segelintir rakyat Malaysia terhadap apa jua usaha kerajaan bagi membendung penul4ran w4b4k c0v1d-19 mengundang rasa tidak senang pengarah Michael Ang.

Terbaharu, Michael menyel4r tindakan netizen yang ‘bising’ di media sosial selepas tidak berpuas hati dengan bantuan PKP 3.0 yang diumumkan kerajaan.

“Apabila kerajaan buat PKP, anda bising cakap tak bagi bantuan. Tapi lepas kerajaan umum bantuan pun nak bising.

“Tak sampai lima lima minit Perdana Menteri bagi speech… dah macam-macam orang tulis kat Twitter.

Antara bantuan yang diumumkan kerajaan bagi berdepan PKP 3.0.

“Takkan nak kena suap tiga meals sehari baru puas hati?” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Isnin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM2.1 bilion bagi program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi peruntukan itu, kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300.

Kalau aku PM pertolongan yang kerajaan bagi hanya untuk orang yang dah divaksin dan daftar pengambilan vaksin sahaja.

MICHAEL ANG

PENGARAH

Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.

Mengulas lanjut mengenai bantuan berkenaan, Michael secara sarkastik berkata dia mempunyai idea yang lebih baik untuk mengagihkannya kepada rakyat.

Ujarnya, kerajaan juga perlu lebih tegas dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok dalam kalangan rakyat.

Luahan Michael di Instagram tentang sikap rakyat Malaysia yang tidak tahu bersyukur.

“Nasib baik aku bukan PM, kalau aku PM pertolongan yang kerajaan bagi hanya untuk orang yang dah divaksin dan daftar pengambilan vaksin sahaja.

“Saya tak faham tentang orang yang anti vaksin ni. Ia mungkin berlaku kerana pengetahuan mereka tentang vaksin ni terlalu kurang atau tak tahu kepentingan vaksin.

“Selain itu yang dah daftar vaksin tapi tak muncul-muncul, baik bagi orang lain. Kalau korang tak nak bagitau awal-awal, kasihan kepada yang terpaksa tunggu berbulan-bulan tau,” katanya.

Selain itu Michael turut menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang w4b4k c0v1d-19.

Michael menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa patuh dengan saranan kerajaan untuk duduk di rumah.

Katanya rakyat perlu faham kerajaan kini berdepan masalah yang cukup berat dalam memerangi v1rus tersebut.

“Sekarang ni kerajaan ada dua masalah… pertamanya nak tangani c0v1d-19 dan satu lagi nak suruh rakyat duduk rumah pun susah.

“Apabila umum PKP semua nak keluar KL, semua anggap dua minggu yang diberikan ni untuk holiday.

“Sekarang adalah masa untuk kita bantu diri sendiri dan bantu orang lain, it’s not about you and your family, tapi untuk semua,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar