GELAGAT tiga beranak dalam satu video di aplikasi TikTok menjadi perhatian apabila mereka melakukan cabaran yang kini menjadi trending di media sosial.
Menerusi Bad Romance Challenge, seorang pemuda bersama ibu bapanya cuba menyanyikan lagu berjudul Bad Romance dendangan penyanyi antarabangsa terkenal Lady Gaga.
Tel4tah tiga beranak itu yang tersilap menyanyikan lagu tersebut sehingga gamat dengan gelak ketawa mencuit hati netizen, sehingga meraih lebih sejuta tontonan.
Pemuda berkenaan, Ahmad Fitri Nadzam, 22, berkata, dia membuat video tersebut secara spontan bersama ibu bapanya dengan sekali rakam tanpa sebarang latihan terlebih dahulu.
Kemunculan ibu bapa Fitri dalam video TikTok mencuri tumpuan.
Anak bongsu daripada lima beradik itu memberitahu, tidak hairanlah berlaku kesilapan apatah lagi ia melibatkan ibu dan bapanya yang masing-masing berumur 56 dan 62 tahun.
“Saya sekadar suka-suka ajak mak dan ayah layan TikTok. Mereka pun layankan je. Tapi sebenarnya saya tersilap lirik, sebab itulah Bad Romance Challenge kami tak menjadi.
“Tapi kami teruskan je menyanyi sampai saya, mak dan ayah sebut macam-macam. Sampai terkeluar bunyi menyebut perkataan kambing,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Fitri, pemuda ini mengaku bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang begitu ‘sporting’ melayan kerenahnya yang turut serta beraksi dalam video TikTok.
Fitri (kiri) bertuah mendapat sokongan moral daripada ibu bapanya.
Dia yang berasal dari Ipoh, Perak itu menjelaskan bahawa ibunya pernah turut sama dalam video TikToknya sebelum ini, namun video cabaran kali ini merupakan pengalaman pertama bapanya.
“Tak sangka pula video TikTok bersama mak dan ayah dapat lebih sejuta views. Bila dah viral, ramai pula yang minta video-video lain saya turut masukkan mak dan ayah.
“Saya buatkan akaun TikTok khas untuk mereka. Ayah ni kaki melawak dan mak pula kaki gelak, lepas ni buat video TikTok pasti kecoh,” ujarnya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Ayah ni kaki melawak dan mak pula kaki gelak, lepas ni buat video TikTok pasti kecoh
FITRI
Sementara itu, bapa Fitri, Nadzam Ali berkata, dia tidak menyangka kemunculan pertamanya menjadi perhatian sehingga turut disedari rakan-rakan seusia dengannya.
“Fitri (anak) ni memang suka berada di hadapan kamera. Sebab itulah dia ambil jurusan filem dan televisyen, nak jadi pelakon katanya.
“Kemunculan saya dalam video TikTok tu sebagai sokongan moral kepada dia. Saya pun dah bersara, ada masa terluang jadi ikut saja permintaan anak,” kata pesara p0lis itu.
Bapa Fitri (kanan) merupakan pengikut muzik Pop Yeh Yeh era 60-an.
Lebih dikenali sebagai Pak Lang Nadzam dalam kalangan rakan-rakan, dia sebenarnya tidak mengetahui lirik lagu Lady Gaga itu dan hanya mengikut anaknya secara spontan.
“Tak tahu pula anak saya tersilap sebut. Saya main ikut saja. Biasalah kami ni orang-orang tua, payah nak sebut bahasa Inggeris sangat.
“Sudahlah perkataan yang disebut tu tak sama, bunyi pula macam sebut ‘kambing’. Asal ada bunyi seakan jadi tu kira bolehlah,” ujarnya secara berselor0h.
Dalam pada itu, pengikut lagu-lagu Pop Yeh Yeh era 60-an itu bagaimanapun tidak serik sekiranya diminta anak bongsunya itu untuk terus beraksi dalam video-video di TikTok pada masa akan datang.
“Saya bukan suka melawak saja, tapi gemar juga menyanyi di masa lapang. Mana tahu dalam video TikTok akan datang saya nyanyi lagu kesukaan berjudul Cinta Hampa oleh kumpulan D’Lloyd,” ujar Nadzam yang merujuk kepada kumpulan muzik legenda Indonesia era 70-an.
Haa kali ni aku ajak Mak Abah aku buat challenge. ##fyp ##fypシ゚ ##esekeli ##foryoupage ##shouldbeme ##badromancechallenge
Wow betui ka hang boleh menari… @makabahfitri 😂😂😂. 3 Beranak Buat Hal lagi….##fyp ##fypシ ##esekeli ##tiktokviralmalaysia ##foryoupage
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar