Pes4kit Cov1d-19 di Maeps ‘buat hal’ tak nak balik rumah, sayang nak tinggal menu kayangan – “Kalau dari awal dah negatif, memang tak gembira”

PANAS, aircond terlampau sejuk, berses4k-ses4k – ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pes4kit c0v1d-19 yang ditempatkan di pusat-pusat ku4r4nt1n dalam negara.

Namun Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.

“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular.

Nazirul yang menjalani tempoh ku4r4nt1n di Pusat ku4r4nt1n dan Rawatan c0v1d-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pes4kit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.

“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap.

“Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Antara makanan yang dihidangkan di Pusat ku4r4nt1n Maeps

.Tambah Nazirul pes4kit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.

pes4kit c0v1d-19 yang beragama islam berpeluang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah.

Dengan adanya rakan-rakan pes4kit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan peny4kit yang setakat ini telah mengorbankan hampir 3,000 nyawa di Malaysia.

Nazirul (kiri sekali) bersama rakan-rakan yang barunya di Pusat ku4r4nt1n Maeps

“Semuanya berg4ntvng kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan s4kit, maka autom4tik kita akan s4kit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada dem4m, s4kit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa s4kit tu, ” katanya yang berkerja sebagai ‘content creator’.

Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

NAZIRUL

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited.

“Mereka komited untuk bantu pes4kit dari saat pes4kit sampai sehingga pulang. Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.

“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat ku4r4nt1n pada hari ini (Rabu).

@iamnazirul

Makan sedap, tak nak balik! Hari hari menu kayangan 😬 ##makansedap ##nursecantik ##quarantinelife ##malaysia

♬ original sound – Muhd Zaky

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar