Sudah mendirikan rumah tangga sejak 2012, pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil selalu ada untuk satu sama lain.
Ia termasuklah menyokong kerjaya seni yang pasangan mereka lakukan.
Diana telah memberitahu bahawa beliau suka melihat gandingan suaminya dengan pelakon Mimi Lana melalui drama Masih Ada Rindu yang disiarkan bermula 2 Jun 2021, jam 7 malam di TV3.
View this post on Instagram
“I personally love seeing these two on screen, sama panjang 😂 @faridkamilz @missmimilana
Sempena kita duduk diam diam di rumah — First episode 7pm harini tau #MasihAdaRindu ❤️”
Atas faktor ketinggian yang dimiliki Farid dan Mimi, mereka dilihat sesuai untuk bergandingan bersama dalam sebuah lakonan.
Sementara itu, perkongsian ini mendapat perhatian ramai melalui ruangan komen.
Ayuh saksikan gandingan Farid dan Mimi di TV3 jam 7 malam!
Sumber: Instagram Diana Danielle
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFM