Ada Seri Seorang Bapa, Perkongsian Di Instagram PU Riz Dilihat ‘Berbeza’

Jika anda mengenali pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, pasti terbayang imej dirinya yang menjurus kepada keagamaan.

Namun ada sisi comel suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu apabila beliau memuat naik satu hantaran yang agak berbeza di Instagramnya.

Sehinggakan, ada yang mengira akaun Instagramnya telah dig0dam.

Perkongsiaan tersebut telah disertakan dengan lagu nyanyian Bruno Mars berjudul Leave The Door Open.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang salah cuma ia sekadar dilihat berbeza berbanding perkongsian beliau yang lain di media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, ada peminat  yang merasakan bahawa PU Riz kelihatan seperti bakal bergelar bapa.

Eh, betul ke?

Jika ia benar maka berita ini adalah satu perkara yang baik.

Namun, kebenarannya biarlah disampaikan oleh pasangan Neelofa dan PU Riz, barulah sahih, kan?

Sumber: Instagram PU Riz

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : hotfm via mr