Usia sudah mencecah 31 tahun, pelakon kacak Ben Amir mengakui masih belum berjumpa dengan wanita yang memiliki ciri-ciri idaman untuk dijadikan kekasih.
Mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin berkata dia mahukan wanita yang boleh mengenepikan eg0 untuk hidup bersamanya.
“Saya nak cari perempuan yang boleh ketepikan eg0, ketepikan pandangan sendiri atau yang boleh membuat saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu.
“Tapi setakat ini saya tak jumpa siapa-siapa lagi, belum lagi,” katanya kepada mStar Online.
Ditanya sama ada memilih wanita di kalangan selebriti atau orang biasa, Ben berkata dia hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir.
“Tak tahulah, tak terfikir pula. Senang cerita serahkan kepada takdir yang menentukan jodoh,” katanya.
Sebelum ini hangat dig0sipkan bercinta dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila tersebar foto mereka sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama, Ben berkata mereka hanya berkawan sahaja.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar