Sepasang anak Haziq Hussni alami j4ngk1itan v1rus pada p4ru-p4ru, sudah dua hari masuk hosp1tal… kena pakai ‘nebul1ser’

LULUH hati pengacara Haziq Hussni apabila kedua-dua orang anaknya terpaksa dimasukkan ke sebuah h0sp1tal di Shah alam akibat j4ngk1tan v1rus pada paru-paru.

Menurut pemilik nama Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni ini, dua orang anaknya iaitu Muhammad Heidy Nufael, 4, dan Chayra Auliya, 3 mula mengalami dem4m, sels3ma dan b4tuk sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun penyampai radio Hot FM ini bersyukur keputusan ujian saringan c0v1d-19 ke atas kedua-dua kanak-kanak itu serta dia dan isteri, Ayunda Putri adalah negatif.

Rakan-rakan selebriti turut mendoakan keadaan anak Haziq.

“Anak-anak saya alami dem4m, sels3ma dan b4tuk selama seminggu dan apabila buat pemeriksaan, doktor sahkan ada v1rus dekat paru-paru.

“Hari ini dah masuk hari kedua kami di h0sp1tal. Saya bersama isteri teman anak-anak di h0sp1tal. Untuk teman anak-anak, saya dan isteri kena lakukan ujian saringan terlebih dahulu.

“Alhamdulillah semua keputusan negatif… anak-anak pun sama negatif,” kata Haziq ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Buat masa sekarang doktor masih pantau keadaan anak-anak saya.

HAZIQ HUSSNI

PENGACARA

Sebelum ini, selebriti berusia 30 tahun itu berkongsi foto di Instagram memperlihatkan tangan dua orang anaknya memakai gelang h0sp1tal.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar anak-anak Haziq diberikan kesihatan yang baik.

Dalam pada itu, pengacara program Muzik-Muzik ini memberitahu keadaan anak-anaknya masih dalam pemantauan doktor dan mereka juga diberikan antib1otik selama empat hari.

Biarpun sed1h melihat keadaan dua orang anak sedang s4kit, namun Haziq memuji isterinya yang kelihatan tenang berdepan dengan dugaan.

Haziq dan isteri dibenarkan untuk menemani anak-anak mereka di h0sp1tal.

“Buat masa sekarang doktor masih pantau keadaan anak-anak saya. Kena masuk antib1otik untuk tiga hingga empat hari. Kalau keadaan semakin baik dan tak ada apa-apa selepas itu… boleh pulang dah.

“Harap boleh doakan Heidy dan Yaya cepat sihat. Kita yang dewasa s4kit juga nak tahan dan bu4ng kah4k semua. Budak-budak ini lagi la tak tahu apa-apa.

“Nasib baik isteri saya seorang yang kuat… dia la yang paling tenang berhadapan dengan keadaan anak-anak tengah s4kit,” ujarnya.

Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar