Ketika Johan Dan Hanif Sedang Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Ray, Netizen Perasan Sesuatu Pada Isteri Johan

Kemunculan pelakon Ozlynn sewaktu menyampaikan ucapan hari jadi kepada penyampai radia ERA, Ray menjadi perhatian ramai.

Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagrma ERA, suaminya iaitu pelawak Johan dan juga penyampai ERA, Haniff sedang ‘meraikan’ hari jadi Ray secara virtual semasa sesi siaran langsung JoHaRa.

Bagaimanapun, kehadiran Ozlynn yang berada di belakang Johan sambil tersenyum dan melambaikan tangannya kepada Ray menjadi bualan netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Perubahan bentuk badan Ozlynn yang berisi di bahagian perutnya itu mencetuskan tanda tanya netizen.

Malah netizen juga sudah mula mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa gembira buat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini Ozlynn masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada Julai 2009 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Molieq.

Artikel berkaitan ..

“Mak-Mak Paling Pen4t…”- Anak Online Class, Ozlynn Akui Suri Rumah & Ibu Bekerja Sama Cabarannya

“Mak-Mak Paling Penat…”- Anak Online Class, Ozlynn Akui Suri Rumah & Ibu Bekerja Sama Cabarannya

Pelakon Ozlynn Wati akui mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau kelas online memang satu perkara yang meletihkan ibu bapa terutama kaum ibu.

Menurut Ozlynn sebagai selebriti yang mengikuti anak-anaknya memasuki kelas online dia memberitahu ia merupakan cabaran yang besar buat ibu tidak kira suri rumah atau bekerja.

“Ramai parents cakap online class ni memang betul-betul struggle.. mane nak cekau iPad pada yang anak ramai.. mana nak kejar masa sorang anak nak itu sorang anak nak ini..

“Pada yang bekerja atau yang tak bekerja sama je penat dia.. sebab aku melalui dua masa.. bila tal shoot dengan bila shooting.

“Mak- mak yang akan paling penat.. sebab kita la yang paling awal bangun dan yang paling akhir tidur.. macam aku seawal 5am bangun dan aku jugak yang paling lewat tidur setelah aku pastikan semua pintu dah berkunci, anak-anak dah tdo, beg skolah dah tersedia, barang masak untuk bekal dan breakfast dah ready untuk mudah aku masak esok pagi,” ceritanya.

Isteri kepada pelawak Johan itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik foto anaknya sedang mengikuti kelas online tersebut.

Tambah Ozlynn tugas sebagi seorang ibu memang tidak akan pernah habis dan dia kagum dengan kecekalan kaumnya dalam menguruskan anak dan rumah tangga.

“Tugas ibu tak akan pernah habis, aku tak pernah pandang rendah pada kaum ibu..

“Ibu-ibu semua hebat dengan cara memasing.. Siapa yang dapat suami jenis pandai bantu or ringan tulang Alhamdulillah pada yang tidak…heloo encik suami.. meh tolong picit badan kami sat,” katanya berseloroh.

Ozlynn berkahwin dengan pelawak Johan pada Julai 2009 dan dikurniakan lima orang anak iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Molieq.

Sumber : GEMPAK

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN