Pelakon dan pelawak terkenal Didie Alias gagal menahan emosi apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Baby m4ti akibat s4kit tua semalam.
Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Didie kelihatan sugul dan menangis teresak-esak apabila terpaksa berpisah nyawa dengan Baby.
“11 Jun 2021. Perjalanan terkahir buah hati mumy (mommy) dan keluarga. 12.37 tengah hari dia (Baby) tinggalkan kami satu keluarga.
“Kucing yang baik dan sangat manja untuk kami. Banyak kenangan dengan Baby,” tulisnya.
VIDEO :
View this post on Instagram
Kata Didie, Baby telah dibela sejak 13 tahun dan seekor kucing yang setia dan akan selalu menunggunya di depan pintu rumah setiap hari.
“Tidak ada lagi yang tunggu mumy dan daddy (suami) dekat pintu bila kami balik kerja. Tak dapat nak mandikan Baby lagi.
“Tidak ada kawan lepak bila tengah buat kerja atau sedang baca skrip. Selama 13 tahun yang sangat indah buat mumy dan daddy. Sayang Baby sampai ke syurga,” luahnya.
Untuk info, usia 13 tahun seekor kucing bersamaan dengan 69 tahun usia manusia.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : IG DIdiealias via TTK