Syafiq Farhain boleh berlari, memanjat macam biasa… syukur tak alami s1mpt0m ‘long Cov1d’ selepas sembuh j4ngk1tan

SELEPAS empat bulan disahkan bebas daripada j4ngk1tan c0v1d-19, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau masalah dalaman pasca j4ngk1tan v1rus tersebut.

Menurut Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, dia boleh melakukan semua aktiviti harian dan tidak berdepan sebarang simptom c0v1d-19 berpanjangan atau long c0v1d sejak disahkan bebas hujung Februari lalu.

“Alhamdulillah buat masa ini saya tak ada berdepan sebarang masalah dalaman akibat c0v1d-19… selalu dengar orang kata akan ada gejala mudah sesak nafas dan lemah badan, tapi syukur saya tak alami simptom itu.

“Sekarang ini semua aktiviti saya boleh buat, tak ada masalah… nak berlari ke, memanjat ke… okay sahaja! Semasa saya positif c0v1d-19 dulu pun saya tak berdepan sebarang simptom, hanya hilang deria rasa dan bau sahaja.

“Mungkin sebab sebelum ini saya aktif berjoging, main bola dan pergi gim… dalam seminggu ada la empat hari berpeluh, mungkin itu faktor membantu menguatkan antibodi!” katanya kepada mStar.

Syafiq boleh bekerja dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Pada 11 Februari lalu, Syafiq berkongsi berita sed1h memaklumkan dirinya disahkan positif c0v1d-19 selepas melakukan ujian calitan.

Penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini membuat ujian calitan itu apabila mula berasa tidak sedap badan.

Sepatutnya lagu Kau Bidadari ini keluar sejak awal tahun lalu tapi sebabkan c0v1d-19 banyak benda tertangguh!

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Dia menjalani ku4r4nt1n kendiri di rumah selama dua minggu sehingga disahkan bebas daripada j4ngk1tan v1rus tersebut.

Bercakap mengenai karier nyanyian, anggota bomba yang bertugas di Putrajaya ini berkata, dia teruja dan tidak sabar menanti pelancaran lagu terbaharunya berjudul Kau Bidadari.

Syafiq jaga kesihatan dengan bersenam.

Meskipun negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syafiq berkata ia sama sekali tidak akan meng4nggu rangka promosi lagu berkenaan.

“InsyaAllah minggu depan Kau Bidadari akan dilancarkan di semua platform digital… sepatutnya lagu ini keluar sejak awal tahun lalu tapi sebabkan c0v1d-19 banyak benda tertangguh!

“Akhirnya semua dah siap dan kita akan terus lancar dan promo lagi ini… sejujurnya memang ada sedikit kesulitan nak promo lagu dalam situasi pandemik ini tapi kita cuba la memaksimakan penggunaan media sosial sebagai ruang promosi.

“Saya harap peminat berpuas hati dengan buah tangan baharu ini dan memberikan sokongan penuh kepada lagu ini ya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar