Lelaki ini kekal positif selepas video ‘gelas pec4h sendiri’ raih lebih 2 juta tontonan, jiran pun al4mi ins1den sama – “Mungkin kaca tu dah exp1red”

APA sebenarnya yang berlaku?

Mungkin itulah persoalan yang bermain di fikiran jejaka ini apabila mendakwa tiga biji gelas di rumahnya pec4h secara tiba-tiba.

Menurut Ahmad Syazwan Mohamad, 29, ia berlaku dalam tiga kejadian berasingan di kediaman yang disewa bersama dua lagi rakannya di Shah Alam, Selangor.

Malah, kejadian terakhir pada Jumaat malam juga berjaya dirakam secara tidak sengaja yang mana video itu kini tular di aplikasi TikTok.

“Masa tu dalam 10.30 malam, kami sebenarnya nak tengok movie. Dah buat jemput-jemput dan buat air.

“Ketika saya rakam video sedang tuang air, tiba-tiba kami dengar bunyi kaca pec4h di dapur.

Syazwan berkongsi video kejadian itu menerusi TikTok miliknya.

“Tapi kami tak terkejut. Sebab ia merupakan kali ketiga gelas pec4h secara tiba-tiba.

“Kejadian kedua tempoh hari, ia pec4h beberapa saat selepas digunakan oleh kawan saya,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Syazwan, dia enggan mengaitkan kejadian itu dengan sebarang unsur mis.tik, sebaliknya cuba bersangka baik sahaja.

Namun katanya, seorang jiran turut mengadu mengalami kejadian sama beberapa hari lalu.

Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib.

SYAZWAN

“Mungkin kaca tu dah expired, lama-lama akan pec4h. Ditambah pula sekarang musim lockdown, kami banyak duduk rumah dan guna gelas-gelas tu.

“Isi air panas, air sejuk… ada kemungkinan ia boleh pec4h. Saya tak terfikir ke arah mis.tik pun.

“Kemudian selepas video saya viral, ada seorang jiran hantar mesej. Katanya, gelas di rumahnya turut pec4h secara tiba-tiba.

Paparan skrin video tular itu.

“Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib. Selepas kakaknya menoleh, tiada siapa pun di situ,” cerita Syazwan lagi.

Dalam pada itu kata Syazwan, video yang dikongsinya sehingga kini meraih 2.2 juta tontonan di TikTok.

Malah, rata-rata komen netizen turut mengaitkan kejadian gelas pec4h itu dengan elemen mis.tik dengan pelbagai teori dan dakwaan yang menyer4mkan.

Syazwan merupakan seorang perunding takaful.

“Saya memang tak fikir ke arah mis.tik. Melainkan kalau semua jiran satu lorong rumah saya alami benda sama, itu lain cerita.

“Bila gelas pec4h, saya fikir mengenai kualiti kaca itu saja. Saya terima saja semua komen, mereka nak berbincang di ruangan komen dan sebagainya,” ujarnya yang sudah hampir setahun menyewa di situ.

Bercerita mengenai dirinya, Syazwan merupakan seorang perunding takaful.

Malah, dua rakan serumahnya juga turut bekerja dalam bidang sama.

@ahmadsyazwann

Normal ke benda macam ni jadi ? ##fyp ##fypシ ##seram

♬ original sound – Ahmad Syazwan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar