GARA-GARA terped4ya dengan individu tidak dikenali di Facebook, pelakon veteran Mubarak Majid mengakui ia menjadi punca beberapa kenalannya termasuk dalam kalangan selebriti menjadi m4ngs4 scammer.
Menjelaskan perkara itu, Mubarak, 63, berkata kecuai4n berkongsi kod pengesahan yang dihantar ke telefonnya membuatkan aplikasi WhatsApp miliknya itu dig0dam individu tidak bertanggungjawab.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya diperd4ya oleh rakan daripada Facebook yang saya tidak kenali, dia minta verification code WhatsApp dengan saya.
“Awalnya saya tak nak bagi, tapi dia pujuk dan memberitahu WhatsApp saya ada masalah dan perlu diperbetulkan, saya pun bagi… tiba-tiba WhatsApp sudah tidak boleh digunakan.
Perkongsian Mubarak Majid di Instagram miliknya.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh percayakan dia sedangkan tak kenal… maklumlah saya mana la tahu tentang benda ni semua,” katanya kepada mStar.
Pelakon drama Cukup Derit4 Itu turut meminta mana-mana individu yang membuat pemindahan wang kepada akaun sc4mmer itu untuk membuat laporan p0lis.
Kata Mubarak, setakat ini enam orang teman rapatnya tampil memberitahu terped4ya dan membuat pemindahan wang dalam jumlah yang banyak ke akaun individu tidak dikenali itu.
Saya pun tak tahu macam mana boleh percaya dengan dia sedangkan tak kenal.
MUBARAK MAJID
PELAKON
“Setakat ni yang saya dimaklumkan oleh mereka ada lima atau enam orang yang telah memindahkan wang… salah seorangnya Bell Ngasri.
“Saya tak tahu berapa jumlah keseluruhan yang sc4mmer tu dapat tapi dalam anggaran lebih RM10, 000 dan pelaku masih belum dit4ngkap,” ujarnya.
Dalam pada itu Mubarak berkata, di sebalik kejadian burvk itu dia menyedari ramai individu yang masih ambil berat tentang keadaannya dan sudi membantu sekiranya dia betul-betul dalam situasi tersebut.
“Saya tak sangka rakan-rakan saya boleh tertipv, mungkin mereka terlalu baik dan ikhlas nak membantu tapi sayangnya bukan saya dalam situasi itu.
“Saya juga sedar rupa-rupanya masih ada orang sayang dan ambil berat jika saya betul-betul susah. Mereka kawan yang baik dan saya rasa terharu sangat.
Pelakon Bell Ngasri antara pelakon yang telah diperdaya.
Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa individu menuntut agar dia membayar semula wang yang sudah dipindahkan kepada sc4mmer tersebut.
“Ada beberapa orang yang hubungi saya untuk minta ganti rugi. Saya cuma boleh minta maaf.
“Mungkin saya boleh ganti sekiranya ada rezeki lebih tapi bukan dengan jumlah yang penuh sebab kerja saya pun terkesan,” ujarnya.
Sebelum ini, aplikasi WhatsApp pelakon Mubarak Majid dig0dam sc4mmer untuk memperd4ya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.
Mubarak kemudiannya segera membuat laporan di Balai p0lis Sri Gombak pada petang, Rabu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar