12 Pekerja Termasok Bapa Mentua Seorang Selebriti Telah Dikomp4un Kerana Melakukan Solat Jumaat Berjemaah

Pihak berkuasa telah men4han ser4mai 12 individu yang disy4ki mel4ngg4r prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan. Kesemua mereka dipercayai telah mengadakan solat Jumaat berjemaah di sebuah premis perniagaan.

Mengadakan solat Jumaat berjemaah

Memetik laporan Harian Metro, Ketua p0lis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak memaklumkan individu yang ditah4n terdiri daripada enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing. Difahamkan pemilik syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan itu merupakan bapa mentua kepada seorang selebriti.

Serbvan ke premis di Taman Nirwana tersebut dilakukan pada hari Jumaat sekitar jam 1.30 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati 12 lelaki berada dalam premis sedang berkumpul untuk mengadakan solat Jumaat secara berjemaah. Siasatan mendapati kesemua mereka adalah pekerja di premis itu bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo yang dimiliki warga tempatan.

Pemilik syarikat dikenakan kompaun RM11,500 manakala pekerja tempatan dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang.

Susulan itu, k3s ini akan disiasat mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 2021 kerana menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan. Selain berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal sepertimana dimaklumkan pihak kerajaan.

Sumber: Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ohbulan