Rumah usang sempit berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung menjadi tempat berteduh tujuh beranak tinggal bersesak di bawah jambatan Loke Yew dekat sini sejak November 2019.
Kehidupan Suria Mohamad, 59 bersama isteri, Azariyah Abd Aziz, 43, dan lima anaknya amat daif sejak berpindah dan tinggal di bawah jambatan itu kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih sempurna.
Tinggal Bawah Jambatan “Kita Tak Sangka Keadaan Ini Berlaku Di Bandaraya” – Rina
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bercakap kepada media selepas membuat lawatan ihsan dengan pesara tentera, Suria Mohamad dan keluarganya yang menginap di bawah jambatan Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memindahkan tujuh sekeluarga yang tinggal di bawah Jambatan Loke Yew ke rumah transit di Flat Seri Johor.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata keluarga itu dibawa menduduki rumah transit selama satu minggu sementara pihaknya berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi kerajaan lain.
“Ia adalah bagi memberikan kediaman lebih baik dan di samping anak-anak diberikan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Melihat kepada keadaan rumah, saya tidak sangka ada yang hidup daif di bandar raya Kuala Lumpur dan ia bukan di pedalaman,” katanya selepas mengadakan lawatan ihsan di tempat tinggal bekas askar, Suria Mohamad Hassan, 59.
Suria dan isteri, Azariyah Abd Aziz, 43, dan lima anaknya yang berusia tiga hingga 14 tahun menghuni ‘rumah’ usang sempit berdindingkan papan lapis dan tanpa bumbung di bawah jambatan terbabit kerana tidak mampu menyewa rumah yang lebih sempurna sejak November 2019.
Rina berkata, mereka yang menghuni rumah itu menggunakan dapur kayu tanpa bekalan elektrik.
Beliau menjelaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan kebajikan kanak-kanak yang masih bersekolah.
“Jadi kita memberikan bantuan segera dan apabila membuat semakan, keluarga ini tidak mempunyai rekod JKM.
“Kita tidak mahu Suria dan isterinya berputus asa tetapi pada masa sama, kemiskinan ini tidak diwarisi, berharap masa anak-anak lebih cerah,” katanya.
Dalam pada itu, Rina akan mengarahkan JKM menyalurkan bantuan dan sokongan psikologi kepada keluarga berkenaan.
Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilaporkan akan memantau nasib pesara tentera dan memaklumkan, keluarga itu telahpun disantuni oleh JHEV ATM dan Baitulmal Wilayah Persekutuan minggu lalu.
Bekas Pengaman PBB Kini Meremp4t 7 Beranak Bawah Jambatan…
Rina melawat keadaan keluarga Suria yang tinggal di bawah Jambatan Loke Yew sejak November 2019 – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Berikut Sedikit Info Mengenai Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah peranan yang dipegang oleh Jabatan Operasi Pengamankan sebagai “satu instrumen unik dan dinamik yang dibangunkan oleh organisasi sebagai cara untuk membantu negara-negara yang terjejeas oleh konflik untuk mewujudkan keadaan untuk keamanan yang kekal.”[3] Ia dibezakan daripada pembangunan semula, peacemaking, dan penguatkuasaan keamanan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui bahawa semua aktiviti “saling memperkuat” dan yang bertindih di antara mereka adalah kerap dalam amalan.
Pasukan pengaman memantau dan mematuhi proses perdamaian di kawasan pasca-konflik dan membantu bekas pejuang dalam melaksanakan perjanjian damai yang mungkin ditandatangani. Bantuan sedemikian datang dalam banyak bentuk, termasuk langkah-langkah membangun keyakinan, perkiraan pembahagian kuasa, sokongan pemilih, penguatan kedaulatan undang-undang, dan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, pasukan penjagaan PBB (sering disebut sebagai Beret Blueatau Topi Keledar Biru kerana beret biru atau topi keledar mereka) boleh termasuk askar, pegawai p0lis, dan kakitangan awam.
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi kuasa dan tanggungjawab Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan kolektif untuk mengekalkan keamanan dan k3selamatan antarabangsa. Atas sebab ini, masyarakat antarabangsa biasanya melihat kepada Majlis k3selamatan untuk memberi kuasa kepada operasi pengaman melalui pemberian Bab VII.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingsangat.pw/