Net1zen naik mel.uat tengok Aeril Zafrel manjakan Wawa Zainal, tunjuk mewah – “Tapi orang lain pun buat benda sama”

KEMANJAAN dan kemewahan yang dipamerkan pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nampaknya tidak disenangi segelintir pengguna media sosial hingga ada yang sanggup men1ngg4lkan komen-komen negatif.

Walaupun sudah biasa berdepan kec4man, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata sebagai manusia hatinya turut terkesan dengan tindakan tersebut.

“Sudah tentu sebagai seorang manusia, ada rasa ger4m dengan komen begitu. Tapi bagi saya, apa yang dikongsikan di laman sosial itu tidak la keterlaluan sangat.

Aeril kongsi paparan skrin komen individu tersebut.

“Tapi apa yang saya buat dengan isteri… ramai orang lain di Malaysia pun buat benda sama. Cumanya kami berstatus selebriti, kadang-kadang orang nampak macam kami menunjuk-nunjuk.

“Tapi benda itu perkara biasa apabila suami dengan isteri, bermain dengan anak-anak dan beli barang untuk isteri. Instagram ini pun seperti album.

Manjakan isteri itu merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk pasangan yang dah berkahwin.

AERIL ZAFREL

PELAKON

“Tapi kalau ada yang bersangka burvk seperti itu… tak boleh buat apa. Kita baik macam mana pun, tetap akan ada orang tak suka,” katanya kepada mStar.

Aeril diminta mengulas mengenai komen seorang netizen yang menvduhnya terlalu manjakan isteri dan gemar berkongsi kemewahan di laman sosial sehingga dianggap seperti riy4k.

Menerusi paparan skrin komen yang dikongsikan Aeril pada 11 Jun lalu, individu tersebut turut mengakui dirinya bukan peminat aktor tersebut.

Aeril dan Wawa mempunyai tiga orang anak.

Sebelum ini, Aeril turut berkongsi video dia membuat kejutan hari lahir isterinya yang ke-29 pada 24 Mac lalu dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah.

Dalam pada itu, pelakon filem Sabda Kekasih ini menegaskan kemesraan dan layanan manja itu merupakan perkara biasa yang dilakukan pasangan suami isteri.

“Manjakan isteri itu merupakan sesuatu perkara yang biasa untuk pasangan yang dah berkahwin. Sebenarnya apabila di rumah, saya yang manja,” ujarnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 serta Aya Soffya yang kini berusia setahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar