7 Tahun Sabar Menanti Zuriat, Pasangan Seb4k Bakal Menimang Cahaya Mata Pertama

Setiap pasangan berkahwin sudah pasti mempunyai impian untuk memiliki anak sendiri sebagai penyeri rumah tangga yang dibina.

Mana tidaknya, kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka. Apatah lagi, jika sudah lama menunggu sehingga ada yang mencecah bertahun lamanya.

7 tahun menanti cahaya mata

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita dan suaminya apabila menerima berita gembira selepas 7 tahun menantikan cahaya mata.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Cik Vee di aplikasi TikTok, dia merakam detik-detik semasa dia memberi kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan keputusan positif dari pregnancy test dan juga kek yang bertulis “Mom and Dad To Be”.

Foto: TikTok

Terharu dan seb4k

Dalam video tersebut, kelihatan suaminya sangat terharu dan seb4k sehingga tidak dapat menahan air mata. Jelas terpancar perasaan gembira dan bersyukur di wajah mereka apabila menerima berita tersebut.

Foto: TikTok

Melalui perkongsian itu juga, wanita berkenaan memberitahu dia dan suaminya sudah 7 tahun menanti zuriat pertama mereka semenjak tahun 2013 lagi dan akhirnya pada tahun ini doa mereka dikabulkan.

Foto: TikTok

Hanya bersabar selama ini

Tambahnya, dia hanya mampu bersabar dengan segala kata-kata dan pertanyaan orang mengenai zuriat kepadanya sebelum ini.

Foto: TikTok

Macam-macam soalan dan mulut orang dihadap selama ini. Sabar dan tulikan telinga sahaja. Pahit itu hanya Tuhan yang tahu.

@cikvee93

Thanks God for this big gifts ❤️😘🙏

♬ Love Is Gone (feat. Dylan Matthew) (Acoustic) – SLANDER, Dylan Matthew

Terdapat juga video lain yang dimuat naik memaparkan wanita ini pergi ke klinik untuk mendapatkan pengesahan doktor. Dia turut merakam semasa doktor melakukan imbasan untuk melihat j4n1n dalam kandungannya.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

@cikvee93

Disebalik duka bertukar jadi senyuman dan tawa bahagia 🤰💏##penantian7tahun🥰🥰🥰🥰 ##maduajaibturkey

♬ Beautiful – Bazzi

Turut doakan pasangan lain

Malah, wanita ini turut mendoakan agar pasangan lain yang masih berusaha untuk kekalkan semangat dan tidak putus asa.

Semoga yang masih berjuang dan ikhtiar terus kuatkan semangat. Jangan give up. Berdoa terus. Pasti ada mukjizat di sebalik sabar.

Bak kata pepatah ‘ rezeki tak pernah salah alamat’. Akhirnya penantian mereka selama 7 tahun membawa satu berita gembira yang sangat bernilai buat pasangan ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Buzzkini