Mulanya mer4juk, gadis ini cair selepas BF gigih buat kejvtan… ‘pop-up window’ mengvsik jiwa – “Istilah ‘Perempuan Sentiasa Betul’ tak relevan”

MACAM-macam cara boleh dilakukan untuk memujuk seseorang dan meminta maaf.

Tanpa usaha yang mahal-mahal atau luar biasa, hati yang terguris masih mampu terubat.

Begitulah yang dialami seorang gadis apabila menerima dokumen daripada kekasihnya, mengandungi kata-kata manis dengan penyampaian secara interaktif dan mengusik jiwa.

Gadis yang berkongsi mengenai kejvtan itu di aplikasi TikTok, Nursyaza Ilyana Shahruddin tampil menjelaskan bahawa berlaku salah faham antara dirinya dengan teman lelakinya.

“Berlaku sesuatu sehingga membuatkan saya cembru. Sebenarnya perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan pun. Tapi hati perempuan kan lembut, mudah sensitif.

“Dalam hal ini, saya tak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Tapi saya mer4juk sehingga mendiamkan diri,” kata gadis berusia 24 tahun itu kepada mStar.

Mesej yang dihantar kekasihnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Lebih mesra disapa Syaza, katanya, dia sebenarnya tidak menyangka kekasihnya berusia 26 tahun itu mendapat idea yang begitu romantik untuk memujuknya.

Gadis berasal dari Kulim, Kedah itu berkata, kekasihnya menghantar dokumen Microsoft Excel menerusi WhatsApp dan memintanya untuk membukanya di komputer riba.

“Bila saya buka dokumen, banyak pop-up window yang tertera kata-kata manis dan memerlvk4n saya untuk mengklik butang, bagi mengikuti langkah-langkah seterusnya.

“Tak sangka dia buat macam sweet sangat tu sebab dia bukanlah pakar IT. Saya percaya dia banyak belajar contoh-contoh pop-up window tu dari video-video di laman YouTube,” katanya yang kini menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Permohonan maaf yang dibuat oleh teman lelaki Syaza di akhir dokumen itu.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia mengakui gementar untuk membuka dokumen tersebut selepas hanya membaca mesej di aplikasi WhatsApp, pada tengah malam.

“Walaupun dah tengah malam, saya tidak fikir yang bukan-bukan, prank (gur4uan) atau terbayangkan h4ntu. Cuma perasaan saya yang ingin tahu tu begitu kuat.

Bukan semua perempuan sentiasa betul, ada juga segelintir perempuan yang merendahkan ego mereka

SYAZA

“Di akhir banyak pop-up window dengan kata-kata manis tu, dia minta maaf dan disertakan gambar-gambar kami berdua. Bila tengok tu, autom4tik saya tersenyum, lembut hati.

“Kami kemudian berbual menerusi panggilan telefon dan masing-masing mohon maaf di atas salah faham yang berlaku antara kami,” ujar Syaza sambil menambah dia mengenali kekasihnya yang merupakan guru kimia di sebuah sekolah menengah, sejak tahun lalu.

Syaza bersama hadiah yang diberikan kekasihnya sebelum ini.

Sehubungan itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Persuratan Melayu) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor berkata, isitilah ‘perempuan selalunya betul’ yang sering diguna pakai terutama di media sosial adalah tidak relevan.

“Istilah ‘Perempuan Sentiasa Betul’ tak relevan. Bukan semua perempuan sentiasa betul, ada juga segelintir perempuan yang merendahkan ego mereka.

“Jangan terlalu ikutkan perasaan atau keras hati. Bimbang pasangan akan tawar hati dan sukar untuk memperbaiki hubungan. Masa tu nanti dah terlambat.

“Tanpa mengira lelaki atau perempuan masing-masing kena memberi dan menerima atau give and take. Bertolak ansur tu adalah sebaik-baiknya. Apapun, doakan yang baik-baik buat hubungan kami,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar