Pelakon Shima Anuar, 30, memaklumkan bahawa ibu mentuanya, Saadiah Ishak, 77, telah men1ngg4l dunia, pagi tadi.
Berita sed1h itu dikongsikan melalui hantaran di Instagram (IG), beberapa minit yang lalu.
“Assalamualaikum. Minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al Fatihah untuk ibu mentua saya yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Terima kasih ya semua,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Highland Tower turut mengucapkan terima kasih kepada arw4h kerana menerima dirinya sebagai menantu selama dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toh.
“Mak, terima kasih terima Shima untuk jadi menantu mak. Terima kasih lahirkan abang. Seorang anak, suami dan ayah yang baik untuk kami.
“Semoga mak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al fatihah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, ibu mentua Shima telah dimasukkan ke pusat perubatan swasta akibat diser4ng peny4kit jantung.
Sumber : Gempak