“Bukan perasan bagus, saya terpaksa t0lak kerana…”-Ini Sebabnya Kenapa Ezlynn Tolak Tawaran Berlakon Adeg4n Bilik Tidur

Penyanyi, Ezlynn mengakui dirinya kini semakin selektif dalam setiap tawaran yang akan diterimanya.

Memetik laporan Kosmo Online, Ezlynn mendedahkan dia tidak berasa kes4l seandai harus menolak beberapa tawaran yang kurang bersesuaian dengan dirinya lebih-lebih lagi bila melibatkan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.

“Situasi pandemik c0v1d-19 yang mel4nda dunia turut memberi kes4n kepada ramai orang termasuk saya apabila tiada lagi undangan persembahan mahu pun lakonan hingga perlu cari alternatif lain demi sesuap nasi.

“Saya pernah dapat tawaran bawa watak isteri. Dia tidak kisah saya sudah bertudung, cuma beri syarat untuk adeg4n dalam bilik tidur bersama ‘suami’, saya diminta mengenakan serkup kepala sahaja.

“Bukan perasan bagus, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tahu masih ada yang tak faham biarpun serkup tidak menampakkan rambut, avrat lain termasuk leher masih kelihatan. Jadi lebih baik pendirian ini saya teg4skan supaya tidak menyusahkan pihak produksi nanti.

“Tak mengapa hilang ‘job’ itu kerana yakin Allah akan ganti rezeki lain. Mujur mereka faham malah saya sangat hargai ingatan pihak terbabit. Andai ada tawaran lain selepas ini, saya takkan menolak jika masih boleh berhijab penuh,” katanya seperti yang dipetik.

Kata penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini lagi, dia kini sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan agama meskipun mengakui harus berdepan dengan pelbagai cab4ran.

“Setiap insan ingin ke arah yang lebih baik, begitu juga saya. Dalam tiga, empat tahun lalu saya belajar betulkan dan lengkapkan solat, mendekati al-Quran, imarahkan majlis agama dan sebagainya kerana saya ada banyak kekurangan.

“Selepas itu saya mula jaga pertuturan dan pemakaian. Lama-kelamaan saya berhijab tetapi saya enggan bertudung sebab fesyen semata-mata. Jadi, saya tutup avrat dengan mengenakan stoking tangan dan kaki sampailah sekarang.

“Dug4an memang banyak namun kita kena istiqamah, tambahan pula insan seperti saya yang masih perlu banyak belajar. Oleh kerana itu saya jadikan laman sosial sebagai medan tambah pahala dengan berkongsi pelbagai ilmu bermanfaat kepada diri dan orang lain.

“Saya juga padam gambar lama, segan ingat kekhil4fan lalu namun jika ada video atau gambar tak berhijab dalam medium lain, itu semua di luar bidang kuasa saya, janji Allah tahu saya sudah berubah. Semua itu juga jadi pengajaran pada diri sendiri,” ulasnya lagi.

Mengakui pendamik c0v1d-19 sedikit sebanyak menjej4skan sumber pendapatannya, Ezlynn memaklum dia sedia melakukan apa sahaja jenis pekerjaan asalkan ianya membawa kepada rezeki yang halal.

“Kalau ikutkan dugaan musim c0v1d-19 ini cukup menc4bar. Saya tak kisah buat apa pun janji dapat rezeki halal. Pembabitan dalam APM pula antara cara saya kurangkan tek4nan. Daripada merat4pi nasib, lebih baik saya buat kerja amal.

“Insya-Allah rezeki itu akan datang kemudian, mungkin dalam keadaan lain. Namun kalau pasal berlakon atau menyanyi, saya tetap sedia terima sebab ini adalah tempat saya cari makan,” akhirinya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH