Isteri kepada anak seorang penceramah terkenal Indonesia membuat pengakuan bahawa dia tidak kisah untuk berm4du sekiranya suaminya berhasrat untuk berkahwin lebih daripada seorang di masa akan datang, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Peng4kuan tersebut disuarakan Nadzira Shafa ketika ditemu bual oleh selebriti dan pelakon terkenal, Oki Setiana Dewi dalam satu paparan di YouTube.
Meskipun baru dua minggu berumah tangga, isteri kepada anak Allahyarham Ustaz Arifin Ilham, Ameer Azzikra itu secara terang-terangan mengaku dia bersedia dimadukan kerana turut berasal daripada keluarga yang mengamalkan polig4mi.
“Sebenarnya, jika bercakap mengenai polig4mi, saya tidak menent4ng kerana saya berasal daripada keluarga yang berpolig4mi.
“Jadi, saya dapat memahami amalan polig4mi,” katanya ketika menjawab soalan daripada Oki.
Tambah wanita itu, jika suatu hari nanti suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, dia ikhlas untuk menerimanya.
“Jika ada wanita yang betul-betul perlu dibimbing (oleh suaminya), saya tidak kisah,” ujarnya.
Sementara itu, pengakuan Nadzira Shafa itu dibalas oleh Ameer Azzikra yang mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia memikirkan perkara tersebut.
“Kita kan baru berkahwin. Saya masih belum terfikir ke arah itu,”
VIDEO PENUH:
Sumber : KOSMO ONLINE
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : awatt syeikhhh