PELAKON dan pengacara Didie Alias men3gur tindakan netizen yang gemar mengaitkan golongan selebriti dengan isu semasa yang tidak mempunyai kaitan dengan anak seni.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali terpanggil untuk bersuara selepas melihat komen seorang netizen di ruang perkongsian artikel mengenai akad nikah dibenarkan di Selangor bermula 1 Julai di Instagram rasmi mStar.
Menurut pelakon berusia 49 tahun ini, dia tidak berasa m4rah dengan komen tersebut namun meminta agar netizen berhenti melibatkan nama selebriti dalam mana-mana isu tidak berkaitan.
Didie balas komen netizen tersebut.
“Malam tadi saya baca artikel itu dan tengok komen ada pula netizen yang kaitkan isu tersebut dengan selebriti. Kami pun manusia biasa… ada perasan juga. Kenapa semua benda nak kena libatkan artis?
“Saya bukan nak m4rah tapi sekadar nak beri penging4tan sahaja. Kita ini semua sama sahaja, tiada istilah kayangan… kalau pergi (men1ngg4l dunia) pun pakai kain putih juga.
“Tak ada keistimewaan pun diberikan kepada artis. Saya faham dalam keadaan PKP ini, ramai yang tak tahu nak buat apa tapi mind your own business… kita hormat satu sama lain,” kata Didie ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Sebelum ini, seorang netizen men1ngg4lkan komen di ruang perkongsian di artikel tersebut mengatakan kebenaran akad nikah itu disebabkan ramai selebriti menetap di Selangor ingin berkahwin.
Saya bukan nak mar4h tapi sekadar nak beri pengingatan sahaja.
DIDIE ALIAS
PELAKON
“Kan artis ramai duduk Selangor, depa (mereka) nak kahwin,” tulis individu tersebut.
Tidak setuju dengan komen tersebut, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat ini membalas semula dakwaan itu dengan mempersoalkan tindakan individu mengaitkan selebriti.
Tegas Didie, dia tidak kisah sekiranya individu tersebut mahu men1ngg4lkan komen antara mereka namun berasa kurang senang apabila ia turut melibatkan anak-anak seni.
“Salam… kenapa mesti nak libatkan artis ya. Kalau nak komen antara anda saja la. Tak payah la libatkan anak-anak seni ya. Terima kasih,” tulis Didie.
Bagaimanapun, individu tersebut telah memadamkan komen yang ditinggalkan selepas menerima kec4man daripada netizen lain.
Didie melihat segelintir netizen semakin berani men1ngg4lkan komen mel4mpau.
Dalam pada itu, pelakon drama siri Scammer ini turut memberi pandangan mengenai seorang netizen men1ngg4lkan komen menvduh pelakon dan penyampai radio Sinar FM iaitu Siti Elizad mandvl.
“Zaman sekarang ini, saya lihat orang mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Baru-baru ini, saya ada baca mengenai Siti Elizad. Sampai ke tahap begitu orang tinggalkan komen.
“Tak kisah kalau akaun palsv ke tidak tapi mana adab bila bercakap… dah semakin tervk tinggalkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tulis ayat itu seperti tiada mak bapa,” ujarnya.
Untuk info, Elizad membuat laporan p0lis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghiinanya kerana mempunyai masalah g4ngguan kesvburan pada Rabu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar