Sharifah Husna Jatvh Cinta Dengan Keperibadian Halim

KUALA LUMPUR: Soal hati, pelakon Sharifah Husna, 28, tidak pernah berselindung, sebaliknya terbuka berkongsi hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan pelakon baharu, Halim Radzi.

Kali pertama dipertemukan dalam drama Kasih Tak Terungkap, namun ketika itu, hubungan hanya terbat4s sebagai rakan artis. Namun, cinta mula berputik apabila pelakon kacukan itu sekali lagi digandingkan dengan buah hatinya dalam drama Dia Bidadari Dari Syurga.

Drama Dia Bidadari Dari Syurga arahan Izzman Hafiz menggandingkan Husna dan Halim sebagai hero serta heroin bersiaran di TV Okey, tahun lalu.

Mula dikenali menerusi drama Mr Boss Miss Stalker dan Assalamualaikum Cinta, Husna berkata, dia dan Halim tidak pernah menyorok hubungan istimewa yang terjalin sejak setahun lalu.

“Tiada guna menyorok kisah cinta, lambat laun orang luar akan tahu juga. Saya tidak kisah nak berkongsi sudah mempunyai teman istimewa.

“Jika ada yang bertanya, saya dan Halim tidak pernah berselindung. Malah, kami akan memberikan jawapan betul, memang benar sedang menjalinkan hubungan serius.

“Saya dan Halim kali pertama bertemu di lokasi penggambaran drama Kasih Tak Terungkap, kemudian berpasangan dalam drama Dia Bidadari Dari Syurga,” katanya kepada BH Online.

Husna atau nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Feizal berkata, dia menyukai sikap Halim yang mementingkan disiplin dan sangat positif dalam hidup.

“Halim seorang yang sangat positif. Sikapnya yang mementingkan disiplin bukan sahaja membabitkan kerjaya, malah kehidupan peribadi membuatkan hati saya terbuka menerima lamaran cintanya,” katanya.

Mengulas soal perancangan ke fasa perkahwinan, Husna tidak menolaknya.

“Sudah pastinya setiap pasangan ada perancangan ke fasa seterusnya dalam kehidupan. Begitu juga saya dan Halim. Kami juga enggan bu4ng masa dengan perhubungan yang sia-sia.

“Bagaimanapun, saya dan Halim berpendapat, biarlah kerjaya dan kewangan stabil terlebih dahulu. Soal membina berumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Kami boleh sahaja berkahwin dalam talian, tetapi rasa kami tidak bersedia. Kita tidak tahu tanggungjawab besar menanti di sebalik perkahwinan, jadi lebih baik tunggu dahulu,” katanya.

Sharifah Husna menyukai sikap Halim Radzi yang mementingkan disiplin dan positif dalam hidup.

Bekas graduan perubatan Perdana University Royal College Surgeons (Republik Ireland) di Serdang, Selangor itu berkata, dia juga mungkin sudah mendirikan rumah tangga dengan Halim jika tiada pandem1k COV1D-19.

“Tiada guna merancang berkahwin pada era pandem1k. Saya percaya ramai pasangan yang terpaksa menunda hari bahagia disebabkan penul4ran wab4k ini.

“Jika tiada pandem1k, mungkin saya dan Halim sudah lama berkahwin. Namun, disebabkan COV1D-19, kami kena tunda dan fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

“Lagipun, duit simpanan sudah banyak dikeluarkan untuk menampung kehidupan ketika tidak dapat bekerja pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi semua perancangan kena tunda,” katanya yang mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, tahun ini.

Bagaimanapun, Husna percaya ada hikmah di sebaliknya, biarpun terpaksa mengetepikan dahulu perancangan berkahwin.

“Saya yakin aturan Allah adalah terbaik. Kalau ikutkan, saya dan Halim merancang mahu berkahwin, tahun ini.

“Sekarang kena tengok situasi pandem1k dahulu, lagi pun, kami kenalah kumpul duit,” katanya.

Sementara itu, tidak berkira menerima tawaran lakonan, tatkala ramai pelakon menolak, Husna akhirnya diberikan watak penting menerusi filem romantik Islamik, Sabda Kekasih.

Mengulas mengenai pujian itu, gadis kelahiran Subang Jaya, Selangor itu berkata, dia menerima tawaran filem itu disebabkan jalan cerita yang menarik, selain mahu mengambil peluang untuk belajar.

“Ketika produksi tawar watak, saya masih baru. Ketika itu, saya sedang menjalankan penggambaran drama Rudy Vs Jolie, tahun lalu. Jujurnya, saya teruja diberikan watak ber4t dan mencab4r.

“Prinsip saya, jika popular sekali pun, saya tidak kisah menerima sebarang tawaran, asalkan watak dan cerita menarik. Saya sebenarnya terkejut apabila ramai pelakon menolak menjayakan watak ini.

“Tetapi, tidak mengapalah, mungkin sebab rezeki saya. Bagaimanapun, saya tidak menerima semua tawaran. Saya tidak akan ambil jika watak sama. Bagi saya, apa yang penting jalan cerita dan watak dalam naskhah,” katanya.

Tambah Husna lagi, apa yang membuatkannya gembira apabila bergandingan dengan pelakon berpengalaman dalam filem itu.

“Saya dapat beraksi di sisi pelakon otai seperti Sabri Yunus dan Fauziah Nawi. Jadi, inilah peluang yang patut diambil untuk menambah baik mutu lakonan, apatah lagi saya perlu belajar banyak untuk memperbaiki mutu lakonan.

“Saya sedang berusaha menjadi pelakon versatil,” katanya yang teringin menjayakan naskhah bergenre ser4m.

Terdahulu, produksi Respected Citizen Production Sdn Bhd berkongsi, ramai pelakon menolak melakonkan watak penting kedua menerusi filem sulung terbitan syarikat itu. Bagaimanapun, tawaran diberikan kepada Husna disambut baik.

Filem Sabda Kekasih arahan Azhari Zain mula ditayangkan menerusi Astro First, sejak kelmarin.

Berkongsi projek terbaharu, anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata, dia masih mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan.

“Saya sempat menjalani penggambaran telefilem Transit Cinta bersama Hafiz Roshdi dan Musafir Ke? bersama Sharif Zero sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mujur dua telefilem ini sempat selesai penggambaran sebelum PKP, jadi tiada projek yang tertangguh. Sekarang saya dan pengurus sedang mempertimbangkan beberapa tawaran,” katanya.

Sumber:Berita Harian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : dnq via mr