Ada pula artis berpangkat Datuk adakan kenduri durian. Sekali ini tind4kan polis bagi artis tersebut dan beberapa individu lain.

TAPAH: Polis akan memanggil seorang artis terkenal tanah air dan beberapa individu lain bagi membantu si4satan dkwaan mengingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu s.iasatan. Katanya, si4satan kes itu dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan s4kit Berj4ngkit 2021, Seksyen 269 Kanun Kes.eksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“K.es melibatkan sel.ebriti dan beberapa individu ini dikesan kira-kira pukul 2 petang tadi menerusi gambar tular di laman sosial Facebook. Keja.dian dipercayai berlaku di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor yang mana kita mendapati terdapat pelang.garan SOP PKP 3.0 yang mana tiada pen.jarakan sosial di antara individu-individu yang terlibat selain tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Azharuddin, majlis itu dipercayai berlaku pada 24 Jun lalu yang mana s.iasatan mendapati gambar tersebut diambil oleh individu yang turut serta dalam majlis berkenaan. Beliau berkata, perjumpaan itu  dihadiri ahli peniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung yang mana aktiviti seperti jamuan dan karaoke turut diadakan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang majlis atau perhimpunan dalam tempoh PKP 3.0 selain mematuhi SOP Majlis Kesel.amatan Negara (MKN). Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung i.su ini dan sentiasa patuh kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya. Terdahulu, tular di media sosial, tangkap layar gambar beberapa individu termasuk artis terkenal tanah air bergelar Datuk yang dida.kwa menyertai kenduri durian di Kampung Poh, Bidor.

 

Sumber : Kosmo via media bawang