Mia Ahmad Akui Dia Yang Bers4lah Menyebabkan Anaknya Lambat Bercakap. Ini Pendedahan Mia

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Mia Ahmad meluahkan rasa kes4l kerana pernah membiarkan anak sulungnya, Sayf Issa menggunakan gajet serta menonton televisyen tanpa had.

Mengakui kesilapannya, Mia berkata akibat daripada itu anaknya mengalami mas4lah lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

“Saya mengaku kes4lahan sendiri. Pada waktu itu, saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula dedahkan penggunaan gajet secara kerap kepada Issa.
 
“Kesan daripada saya dedahkan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa lambat bercakap, mudah hilang fokus dan tiada kemahiran sosial,” tulisnya.
 
Bagaimanapun, Mia meluahkan rasa syukur masalah dihadapi anaknya itu sudah beransur pulih dan mula menunjukkan perkembangan sihat seperti kanak-kanak lain.
 
“Tapi itu dulu, setahun yang lalu. Alhamdulillah dengan izin-Mu, Issa menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Mula bercakap dan berinteraksi..dah atasi hampur semua masalah sebelum ini,” tulisnya.
 
Dalam entri tersebut, Mia turut memuat naik video anaknya sedang belajar mengenal bentuk dan kategori jantina manusia menerusi sesi terapi.
 
Dalam pada itu, Mia turut mengingatkan kepada ibu bapa diluar sana untuk mengurangkan penggunaan gajet terhadap anak-anak lebih-lebih lagi di waktu pandemik ini.
 
“Ibu bapa, tolong minimalkan penggunaan gajet.. Saya tahu ramai yang terkes4n dengan pandemik dan mengambil jalan pintas bagi anak-anak menggunakan gajet.
 
“Tolong pantau apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap skrin. Bila beri mereka main gajet, pastikan kita tengok bersama mereka,” tulisnya.
 
Mia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izham Tarmizi merupakan penjaga gol pasukan JDT pada 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahya mata, Issa, 3 tahun dan Iris kini berusia setahun.
 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya