Johor Bahru: “Saya sedia bertemu pihak yang ingin mendapatkan penjelasan kenapa saya kibarkan bendera putih,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.
Menurut Zulkiflie, dia tidak menafikan keluarganya dikec4m segelintir pihak dan memberi pelbagai tohm.ahan selepas tindakannya menaikkan bendera putih di rumah sewanya Isnin lalu tul4r di media sosial.
“Ada yang mend4kwa saya menolak tawaran kerja tetapi sebenarnya berlaku perseli.sihan faham dengan rakan kongsi hingga saya mengambil keputusan untuk berundur dan berniaga sendiri.
“Ada yang mendakwa saya gemar meminta bantuan. Saya jelaskan bahawa ini adalah kali kedua saya meminta bantuan daripada orang ramai melalui media sosial kerana pernah mengharungi keadaan sama pada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0.
“Saya memang terde.sak, jika saya men1pu ia adalah antara saya dan tuhan dan tidak mungkin saya dapat hidup tenang di rumah sewa ini selama lapan bulan. Malah sehingga kini saya tidak cuba menghil4ngkan diri atau meny.orok sebaliknya saya rela bertemu dengan sesiapa saja yang tampil ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam akhbar ini melaporkan Zulkiflie terpaksa menyahut kempen kibarkan bendera putih di depan rumah bagi membolehkan orang ramai menyalurkan bantuan susulan k3sempitan hidup akibat k3san pandemik cov1d-19.
Dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehil4ngan hampir separuh pendapatan bulanan sepanjang pand.emik cov1d-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.
Dia bukan sahaja tidak mampu membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu.
Zulkiflie berkata, dia berhasrat untuk mengagihkan sebahagian daripada bantuan yang diterimanya seperti makanan kering, beras dan minyak masak kepada golongan senasib.
“Saya meminta izin daripada penyumbang untuk agihkan sebahagian bekalan kepada keluarga yang senasib seperti kami.
“Saya juga meminta semua penyumbang untuk mendoakan supaya saya mendapat pekerjaan tetap berdasarkan pengalaman dalam bidang kimpalan selain mempunyai sijil dalam bidang kejuruteraan.
“Saya berterima kasih kepada semua penyumbang yang sanggup ke rumah kami tanpa mengira bangsa serta memberi kata semangat supaya saya lebih tabah menempuhi keadaan ini,” katanya.
Katanya, dia akan terus berusaha mencari pekerjaan tetap demi menyara keluarga apatah lagi anak ketiga yang bakal lahir September depan.
Nik Abduh: Berdoa bila hadapi ujian, bukan angkat bendera putih
Rakyat tidak sepatutnya diajar mengalah dengan mengangkat bendera putih apabila berdepan ujian Allah SWT, kata pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Aziz.
Ahli Parlimen Bachok itu berkata, sebaliknya mereka yang diuji perlu menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.
“Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan.
“Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Kenyataan itu hadir ketika sejumlah pengguna media sosial menggerakkan kempen kibar bendera putih.
Kempen itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing untuk membolehkan mereka dibantu.
Kempen itu juga bagi memberi isyarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.
Tidak jelas bagaimana atau bila kempen itu dimulakan, tetapi semakin banyak berkongsi mesej yang sama sejak petang semalam.
Antara lain, mesej seumpamanya disertakan dengan pesanan agar tidak mengambil tindakan ‘drastik’ dalam menghadapi k3sulitan.
“Kepada yang susah, tiada makanan, naikkan #benderaputih di rumah anda, biar orang sekeliling membantu setakat yang termampu.
“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih.
Semoga ada yang datang membantu,” kata pengguna Twitter @JawaJohor2.
Naim Tunjuk CARA – CARA MEMBUAT BENDERA PUTIH
“Salam sejahtera semuanya, disini saya cuba sampaikan cara-cara untuk membuat bendera putih bagi meminta pertolongan makanan/sokongan emosi/kewangan menggunakan barang yang ada dirumah anda.
“Barang yang anda perlukan – Plastik putih/T Shirt putih, batang penyapu, gunting, dan getah sahaja.”
“Harap dapat membantu kalian serba sedikit insyaallah, semoga Allah memeluk kalian dengan kemas, selalu.”
“Jangan melakukan sebarang tindakan yang mampu mengguris hati ahli keluarga kalian ya? Kita cuba lagi”.
“BENDERA PUTIH BUKAN TANDA MENGALAH.”
“BENDERA PUTIH BUKAN TANDA LEMAH.”
“Jangan takut, jangan malu.”
Sumber : lobak merah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://limauasamboi.pw/